Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Dron-Dron “Ciplak” Dan “Original” Global Hawk, Reaper Bakal Bertembung Di Ruang Udara Korea

Korea Utara nampaknya sudah bersedia untuk mengoperasikan kedua-dua dron “copy ori” miliknya itu untuk berhadapan dengan kedua-dua dron Global Hawk dan Reaper “original” yang dioperasi oleh tentera Korea Selatan dan Amerika Syarikat di Semenanjung Korea.

0 4,630

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Beberapa hari lalu, beberapa keping gambar telah tersebar di media sosial menunjukkan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un memeriksa dron negara itu yang disifatkan sebagai sistem pesawat tanpa pemandu paling canggih miliknya.

Bagaimanapun, dron paling canggih milik Korea Utara yang diberi nama Saetbyol-4 dan Saetbyol-9 itu hampir 100 peratus menyerupai dron RQ-4 Global Hawk dan MQ-9 Reaper milik Amerika Syarikat.

Boleh dikatakan bahawa kedua-dua dron Korea Utara itu adalah hasil ciplak daripada kedua-dua dron milik Amerika Syarikat.  

Media-media Korea Utara menyatakan bahawa Saetbyol-4 sebagai dron “pemantau strategik” (strategic reconnaissance drone) manakala Saetbyol-9 pula dilabel sebagai dron “serangan pelbagai guna” (multi-purpose attack drone).

Saetbyol-9 yang merupakan dron ciplak daripada dron Reaper turut menggunakan peluru berpandu yang dilihatkan hampir serupa seperti peluru berpandu “Hellfire”.

Korea Utara nampaknya sudah bersedia untuk mengoperasikan kedua-dua dron “copy ori” miliknya itu untuk berhadapan dengan kedua-dua dron Global Hawk dan Reaper “original” yang dioperasi oleh tentera Korea Selatan dan Amerika Syarikat di Semenanjung Korea.

Reaper
Kim Jong Un dengan dron Reaper ciplak.

 

Ia adalah situasi yang menarik apabila dron-dron ciplak Korea Utara seperti Saetbyol-4 dan Saetbyol-9 itu “bertembung” dengan dron-dron original Global Hawk dan Reaper milik Korea Selatan dan Amerika Syarikat di ruang udara Semenanjung Korea.

Apa akan jadi sekiranya dron-dron Global Hawk dan Reaper original milik Korea Selatan dan Amerika Syarikat itu bertembung dengan “sepupunya” iaitu dron-dron ciplak, Saetbyol-4 dan Saetbyol-9 milik Korea Utara?

Korea Selatan memperolehi empat buah dron Global Hawk daripada Amerika Syarikat dengan dron berkuasa tinggi terakhir dan keempat diterimanya daripada Washington pada tahun 2020.

Dron HALE Global Hawk itu dibangunkan oleh syarikat Northrop Grummann manakala dron Reaper itu pula dibangunkan oleh syarikat General Atomics.

Amerika Syarikat mengoperasikan dron High Altitude Long Endurance “HALE” Global Hawknya di Jepun untuk tujuan pemantauan di Indo-Pasifik termasuklah apa sahaja yang berlaku di Korea Utara.Global Hawk

Dron Global Hawk milik Amerika Syarikat turut beroperasi daripada pangkalan-pangkalan di Korea Selatan, walaupun pangkalan utamanya adalah di Jepun.

Global Hawk adalah dron HALE “High Altitude Long Endurance” dan mula digunakan oleh tentera Amerika Syarikat pada 2005.

Pemerhati pertahanan mengatakan bahawa ketahanan operasi (endurance) dron adalah di antara 34-42 jam dan berkemampuan beroperasi daripada ketinggian 65,000 kaki serta radius operasi mencecah 14,000 batu nautika.

Ia dilengkapi dengan radar Active Electronically Scanned Array (AESA), electro-optic suite oleh Raytheon, sistem komunikasi oleh L3 dan kelengkapan electronic support measures.   

Pada Nov tahun lepas,  buat pertama kali media rasmi Korea Utara telah mendedahkan dua buah dronnya yang rekabentuknya adalah hampir sama dengan dron-dron  “Global Hawk” dan MQ-9 “Reaper” yang dibangunkan oleh Amerika Syarikat.

Global Hawk
“Global Hawk” original Amerika Syarikat

 

Tidak pasti sejak bila Korea Utara membangunkan kedua-dua dron itu tetapi dua tahun lepas pemimpin utamanya, Kim Jong Un mengerahkan tentera negara itu untuk membangunkan “dron penyerang” dan “dron pemantau” yang berkemampuan beroperasi sejauh 500km.

Kedua-dua dron Korea Utara itu dipertontonkan kepada orang-orang kenamaan termasuk Menteri Pertahanan Russia Sergei Shoigu pada pameran senjata dan pertahanan yang diadakan di ibu negara Pyongyang baru-baru ini. — DSA

Comments
Loading...