Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Selamat Tinggal F-22 Raptor, Amerika Bakal “Talkinkan” Pesawat Air-Dominance

Tindakan Tentera Udara Amerika Syarikat itu adalah lebih kurang sama dengan program 15 to 5 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk mengurangkan jenis-jenis kapal yang dioperasikannya  bagi memudahkan usaha-usaha penyelenggaran dan menjimatkan peruntukan sedia ada.

4,372

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Udara Amerika Syarikat bercadang menamatkan khidmat tiga jenis pesawat pejuangnya tidak lama lagi termasuk F-22 Raptor, sekaligus mengurangkan jenis-jenis pesawat pejuang yang dioperasinya pada ketika ini daripada tujuh kepada hanya empat jenis.

Tindakan Tentera Udara Amerika Syarikat itu adalah lebih kurang sama dengan program 15 to 5 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk mengurangkan jenis-jenis kapal yang dioperasikannya  bagi memudahkan usaha-usaha penyelenggaran dan menjimatkan peruntukan sedia ada.

Pada ketika ini, negara kuasa besar dunia itu mengoperasikan tujuh jenis pesawat kombat terdiri daripada F-22 Raptor, F-35 Joint Strike Fighter, F-15C/D, F-15E, F-15EX Super Eagle, F-16 Fighting Falcon dan A-10 Thunderbolt.

F-15EX
Pesawat F-15EX yang dibakal dijual oleh Amerika Syarikat kepada Mesir merupakan varian pesawat F-15 yang paling canggih di pasaran.

 

Walaupun dianggap sebagai negara kuasa tentera dunia, namun menguruskan tujuh jenis pesawat kombat turut juga sudah cukup untuk “memeningkan kepalanya” pihak pengurusan kanan Tentera Udara Amerika Syarikat.

Pengurangan jenis-jenis pesawat itu juga adalah suatu menangani pembaziran memandangkan tugas-tugas yang dilaksanakan oleh pesawat terbabit kadangkala bertindan (overlap) di antara satu sama lain.

Amerika Syarikat yang mempunyai bajet pertahanan yang besar (beratus billion Amerika setiap tahun) juga mahu mengurangkan jenis-jenis pesawat kombatnya dan menumpukan kepada pesawat-pesawat yang boleh melakukan pelbagai jenis tugasan.  

Satu pesawat untuk satu-satu tugas spesifik dianggap trend yang ketinggalan dengan negara kuasa besar itu cenderung untuk memastikan sesuatu asetnya mampu melakukan pelbagai tugasan.

A-10
Pesawat A-10 “Warthog” yang bakal dibersarakan pada pertengahan 2030-an

 

Dibawah program yang dilancarkan oleh Panglima Tentera Udara Amerika Syarikat Jeneral CQ Brown, antara pesawat-pesawat kombat yang akan dibersarakan dan dihantar ke “tapak perkuburan” (boneyard) di Arizona termasuklah F-15C/D, F-15E dan F-22 Raptor.

Walaupun Tentera Udara Amerika Syarikat bercadang menamatkan khidmat pesawat A-10,  namun ia terpaksa memikirkan semula tindakannya itu dan kini hanya bercadang membersarakan 173 buah pesawat penyerang darat itu pada pertengahan 2030.

Antara yang akan ditamatkan perkhidmatannya dalam beberapa tahun mendatang ini adalah F-22 Raptor, yang akan digantikan dengan pesawat generasi ke-enam Amerika Syarikat dikenali sebagai “Next Generation Air Dominance” (NGAD).

Pada ketika ini pun, hanya kira-kira 170 pesawat F-22 sedang beroperasi dan berkemungkinan menjelang 2030, pesawat air-dominance itu akan menjadi lipatan sejarah dengan fungsinya diambilalih oleh F-35 dan NGAD.

NGAD
Adakah ini rupa bentuk pesawat Next Generation Air Dominance (NGAD) Amerika Syarikat?

 

Masih dirahsiakan rekabentuknya dan spesifikasinya, tetapi prototaip NGAD telah pun melakukan penerbangan sulungnya.

Persoalannya, adakah Amerika Syarikat sebagai kuasa tentera dunia akan berpuashati  dengan hanya empat buah pesawat pejuang?

Jawapannya adalah, empat jenis pesawat-pesawat berpemandu itu akan dibantu oleh pelbagai jenis pesawat-pesawat tanpa pemandu (unmanned) untuk melaksanakan pelbagai tugas terutamanya yang amat berbahaya seperti Close Air Support (CAS).

Pesawat-pesawat tanpa pemandu adalah masa depan untuk peperangan udara (the future of air war) di mana kebanyakkan misi-misi dan operasi bakal dilaksanakan oleh pesawat-pesawat tanpa pemandu.

F-35
Pesawat Tanpa Pemandu “Loyal Wingman” yang dibangunkan oleh Boeing.

 

Sebab itulah, kita dapat lihat negara-negara seperti Amerika Syarikat dan kuasa-kuasa tentera dunia yang lain banyak membelanjakan wang ringgit mereka dalam membangunkan sistem pesawat tanpa pemandu kerana ia adalah masa depan.

Malah negara jiran seperti Thailand juga sudah merangka pelan di mana ia hanya akan memperolehi empat buah pesawat pejuang generasi ke-lima dan dibantu dengan perolehan sistem pesawat tanpa pemandu seperti Boeing Loyal Wingman untuk membantu tugas pesawat-pesawat berpemandu.  — DSA

 

 

 

Comments are closed.