Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

36 Buah F-15EX Indonesia “Tak Ubah Keseimbangan Tentera Di Rantau”

Jabatan Negara Amerika Syarikat nampak yakin bahawa pemilikan pesawat-pesawat canggih buatan negara negara Uncle Sam oleh Indonesia itu tidak akan menjadikan Jakarta sebagai "kuasa tentera baru" di Asia Tenggara dan Asia Pasifik. 

0 6,603

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Amerika Syarikat berkeyakinan bahawa penjualan 36 buah pesawat pejuang F-15EX bernilai US$13.9 bilion (RM55.6 bilion)  kepada Indonesia tidak akan mengubah keseimbangan tentera di rantau Asia Tenggara dan Asia Pasifik.

Perkara itu dinyatakan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat dalam satu kenyataan, yang berkemungkinan membawa maksud bahawa pemilikan pesawat-pesawat canggih buatan negara Uncle Sam itu tidak akan menjadikan Jakarta “kuasa tentera baru” di Asia Tenggara dan Asia Pasifik. 

“Cadangan penjualan peralatan itu (36 buah pesawat pejuang F-15EX dan sokongan tidak akan mengubah keseimbangan asas ketenteraan di rantau terbabit (Asia Tenggara dan Asia Pasifik),” menurut kenyataan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat itu.

F-15EX
Pesawat F-15EX dibangunkan oleh syarikat Boeing.

 

Cadangan penjualan itu juga menurut Jabatan Negara, akan menyokong matlamat dasar luar dan keselamatan Amerika Syarikat dengan meningkatkan keselamatan rakan serantau yang penting kepada Amerika Syarikat.

Ia (cadangan penjualan F-15EX kepada Indonesia) juga akan meningkatkan kestabilan politik dan pembangunan ekonomi di Asia Pasifik.

Ia adalah kenyataan yang telah dijangkakan kerana sudah tentu ia tidak mahu kehilangan perniagaan berbilion dolar Amerika sekiranya ia tidak meluluskan penjualan itu.

F-15EX

“Adalah amat penting kepada kepentingan Amerika Syarikat untuk membantu Indonesia dalam membangunkan dan mengekalkan kemampuan pertahanannya yang berkesan,” menurut kenyataan oleh jabatan itu lagi.

Menurutnya, penjualan 36 buah pesawat F-15EX itu akan meningkatkan kemampuan Indonesia dalam menangani ancaman pada masa ini dan masa depan di dalam domain udara dan maritim yang amat kompleks.

Indonesia menurut Jabatan Negara Amerika Syarikat, tidak mempunyai masalah untuk menyerap pesawat-pesawat itu dan peralatannya ke dalam angkatan tenteranya.

Baru-baru ini,  Jabatan Negara Amerika Syarikat dalam satu kenyataan berkata ia telah meluluskan cadangan penjualan 36 buah pesawat F-15EX kepada Indoneisa dijangka menelan belanja sebanyak US$13.9 bilion (RM55.6 bilion).

F-15EX

Pesawat F-15EX ini adalah adalah pesawat F-15C yang dinaiktaraf.

Kelulusan cadangan penjualan pesawat F-15EX berlaku tidak lama selepas Jakarta memutuskan untuk membelanjakan US$8.1 bilion (RM32.4 bilion) juta bagi memperolehi 42 buah pesawat pejuang Rafale buatan syarikat Dassault Aviation daripada Perancis.

Secara keseluruhannya, kerajaan Indonesia dipimpin oleh Presiden Joko Widodo berpotensi membelanjakan sehingga RM88 bilion untuk mendapatkan 42 buah pesawat pejuang Rafale dan 36 buah F-15EX (pending negotiations).

Menurut media-media pertahanan antarabangsa, pembelian pesawat-pesawat pejuang daripada Perancis dan Amerika Syarikat itu akan dibiayai oleh sumber-sumber luar.

F-15EX

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

 

Menurut kenyataan daripada Jabatan Negara Amerika Syarikat, selari dengan penjualan pesawat-pesawat pejuang itu, ia turut  juga meluluskan penjualan pelbagai peralatan lain.

Ia termasuklah 87 buah enjin jet F110-GE-129 or F100-PW-229,  45 AN/APG-82(v)1 Advanced Electronically Scanned Array (AESA) Radars,  45 buah AN/ALQ-250 Eagle Passive Active Warning Survivability Systems (EPAWSS), 48 buah Advanced Display Core Processor (ADCP) II digital computers dan 80 buah Joint Helmet Mounted Cueing Systems (JHMCS).

F-15EX

Selain itu Washington turut menjual 92 buah Embedded Global Positioning Systems (GPS)/Inertial Navigation System (EGI) security devices,  40 buah AN/AAQ-13 LANTIRN navigation pods, 40 buah AN/AAQ-33 Sniper Advanced Targeting Pods (ATP), 40 buah M61A “Vulcan” gun systems dan lain-lain lagi.

Selepas daripada kelulusan itu, kerajaan kedua-dua negara serta syarikat Boeing yang membangunkan pesawat F-15EX akan memulakan rundingan penjualan pesawat itu.

Jika Indonesia membeli pesawat itu, ia akan dikenalpasti dengan identiti F-15ID. — DSA

 

 

Comments
Loading...