Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Hasrat Thailand Beli Pesawat F-35 JSF Hampir Menjadi Kenyataan

Jawatankuasa Tentera Udara Thailand itu telah membuat keputusan dengan memilih pesawat pejuang generasi kelima daripada Amerika Syarikat yang bermakna bahawa F-35 yang dibangunkan oleh syarikat Lockheed Martin sebagai pilihannya.

0 4,594

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Hasrat Thailand untuk memperolehi pesawat pejuang generasi kelima (kemungkinan besar F-35) semakin hampir menjadi kenyataan apabila sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan oleh tentera udara negara itu mengesyorkan negara itu supaya membeli pesawat pejuang terbabit daripada Amerika Syarikat.

Jurucakap Tentera Udara Thailand Air Vice Marshall Prapas Sornchaidee berkata,  jawatankuasa itu telah mencadangkan pembelian pesawat pejuang generasi kelima daripada Amerika Syarikat kerana ia memenuhi keperluan dikehendaki oleh negara.

Katanya, jawatankuasa itu telah diketuai oleh Timbalan Panglima Tentera Udara Thailand ACM Thanasak Metanan telah menggariskan strategi, misi,pelan operasi serta kemampuan-kemampuan yang perlu dimiliki oleh pesawat generasi kelima itu.

“Kemampuan-kemampuan itu adalah Network Centric Operations, counter air-strikes, surveillance dan reconnaissance, operasi jarak jauh, kemampuan kawalan operasi udara yang terkandung di dalam pesawat pejuang generasi kelima,” menurut beliau.

Menurut Prapas, pesawat pejuang generasi kelima perlu memiliki lima ciri penting – halimunan, supercruise, sensor fusion, high manoeuverbility dan avionic yang bersepadu,” katanya.

F-35
Pesawat pejuang F-35

 

Jawatankuasa yang ditubuhkan pada 10 Januari lepas itu menurut beliau, menggariskan lima perkara yang perlu dipertimbangkan oleh Tentera Udara Thailand apabila ia mahu membeli pesawat generasi kelima itu.

Antaranya adalah reliability pesawat dan sistemnya, bajet tentera udara, tarikh penghantaran dan tawaran pemindahan teknologi.

Ia turut menyatakan bahawa jawatankuasa itu telah mengkaji tiga buah pesawat pejuang terdiri daripada F-35 Joint Strike Fighter (Amerika Syarikat), J-20 “Mighty Dragon” (China) dan Su-57 daripada Russia.

J-20
Pesawat J-20 dilengkapi dengan peluru berpandu “PL-10.”

 

Nampaknya jawatankuasa Tentera Udara Thailand itu telah membuat keputusan dengan memilih pesawat pejuang generasi kelima daripada Amerika Syarikat yang bermakna bahawa F-35 yang dibangunkan oleh syarikat Lockheed Martin sebagai pilihannya.

Bagaimanapun, Amerika belum memberi kata putus sama ada ia mahu menjual F-35 kepada Thailand.

Baru-baru ini, jemaah menteri Thailand telah meluluskan peruntukan sebanyak US$413.7 juta (RM2.8 bilion) bagi membolehkan tentera udara negara itu memperolehi empat buah pesawat pejuang baru dipercayai F-35.

Su-57
Su-57

Klik Di Bawah Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Proses pembelian empat pesawat pejuang baru itu akan dilaksanakan pada tahun fiskal akan datang.

Kelulusan peruntukan kewangan pembelian empat buah pesawat pejuang baru itu berlaku selepas Panglima Tentera Udara Thailand Napadej Dhupatemiya menyatakan minat untuk memperolehi lapan buah pesawat generasi kelima F-35.

Menurut Prapas, jemaah menteri negara itu telah bersetuju untuk mengeluarkan peruntukan bermula tahun depan untuk membeli empat buah pesawat pejuang bagi menggantikan pesawat F-16 yang digunakan oleh negara itu. — DSA

Comments
Loading...