Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kem. Pertahanan Meterai Kontrak Tambahan Bagi Pembinaan Kapal LCS

Keputusan Jemaah Menteri untuk meneruskan pembinaan enam buah kapal Littoral Combat Ship (LCS) dengan nilai siling kontrak sebanyak RM9 bilion telah diumumkan oleh Menteri Pertahahan Hishammuddin Hussein dalam satu kenyataan pada 20 April lepas.

0 4,532

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Syarikat Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd secara rasmi sudah boleh memulakan kerja-kerja pembinaan enam buah kapal Littoral Combat Ship (LCS) yang telah tertangguh sejak beberapa tahun yang lalu.

Hari ini telah kontrak telah ditandatangani di antara syarikat itu dengan Kementerian Pertahanan sebagaimana dinyatakan dalam kenyataan kementerian itu menerusi akaun media sosialnya.

 “Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Dato’ Sri Muez Abd Aziz mewakili Kementerian Pertahanan telah menandatangani kontrak tambahan ke 5 bagi Kontrak Perolehan Littoral Combat Ship (LCS) antara Kementerian Pertahanan Malaysia dan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNSSB).”

LCS
(gambar oleh Kementerian Pertahanan)

 

“Dengan termeterainya kontrak ini, akan membolehkan BNSSB memulakan fasa mobilisasi selaras dengan keputusan Jemaah Menteri untuk meneruskan projek LCS,” menurut kenyataan itu.

Kontrak ditandatangani hari ini adalah selaras dengan keputusan oleh Jemaah Menteri pada bulan April lepas yang memutuskan untuk meneruskan projek pembinaan enam buah kapal LCS milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Nilai siling bagi kesemua enam buah kapal perang termoden Malaysia itu adalah RM9 bilion.

Keputusan Jemaah Menteri untuk meneruskan pembinaan enam buah kapal LCS itu telah diumumkan oleh Menteri Pertahahan Hishammuddin Hussein dalam satu kenyataan pada 20 April lepas.

Kabinet memutuskan untuk meneruskan pembinaan kapal perang TLDM yang terbengkalai selama beberapa ketika selepas mengambil kira dua faktor utama.

LCS
(gambar oleh Kementerian Pertahanan)

 

Faktor pertama adalah LCS adalah aset yang amat diperlukan oleh TLDM.

“Ia bukan sahaja memenuhi perancangan pemodenan TLDM di bawah Transformasi 15 to 5 malah penting untuk meningkatkan kesiap-siagaan pasukan armada kita serta menambahbaik usaha memelihara kepentingan maritim negara.

“Saya percaya keputusan hari ini dapat meningkatkan lagi moral dan semangat anggota TLDM untuk terus berjuang demi kedaulatan tanah air,” katanya.

Faktor kedua adalah kerana terdapat 400 vendor yang terlibat dalam projek ini dengan implikasi kewangan lebih RM4 billion.

“Lebih 100 daripadanya adalah syarikat milik rakyat Malaysia. 90 peratus daripadanya ada hubung kait dengan veteran dan majoriti mereka berada di Lumut, Perak terutama pekerja berkemahiran, pakar serta ahli keluarga mereka,” kata beliau dalam kenyataan itu.

LCS

Keputusan ini merupakan sebahagian daripada usaha membela kebajikan veteran Angkatan Tentera Malaysia, isteri, anak serta ahli keluarga mereka.

“Saya ambil maklum, vendor-vendor ini mengikuti rapat perkembangan usaha menyelesaikan isu LCS ini dan mereka pastinya gembira dengan keputusan ini.

“…dengan keputusan ini, tiada lagi persoalan sama ada perolehan LCS akan diteruskan ataupun tidak. Kini, semua pihak yang berkepentingan boleh bergerak ke hadapan dan fokus untuk menjayakannya,” katanya.

LCS

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Kelulusan Jemaah Menteri menurut kenyataan Hishammuddin itu hanyalah peringkat permulaan yang baik,namun terdapat beberapa lagi langkah ke hadapan untuk melengkapkan Pelan Pemulihan antaranya ‘Proses Mobilisasi’ dalam tempoh enam bulan mendatang yang akan melibatkan rundingan antara bank, vendor dan pihak OEM.

Tidak terkecuali katanya adalah rundingan dengan pihak Perancis daripada segi reka bentuk dan komitmen Kerajaan Perancis.

Sehingga 31 Oktober 2021, kemajuan pembinaan kapal LCS itu hanya pada tahap 57.5 peratus berbanding 96.57 peratus yang sepatutnya dalam jadual asal. Projek pembinaan enam buah kapal LCS itu telah mengalami kelewatan sebanyak 39.52 peratus atau 43 bulan (3 tahun 7 bulan). — DSA

 

 

Comments
Loading...