Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

TUDM Capai 30,000 Jam Penerbangan Dengan Armada Helikopter H225M

Armada helikopter H225M (dikenali tempatan sebagai EC725 Caracal) Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) meraikan satu lagi kejayaan dengan pencapaian 30,000 jam penerbangan – antara yang tertinggi di Asia Pasifik.

0 2,297

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Armada helikopter H225M (dikenali tempatan sebagai EC725 Caracal) Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) meraikan satu lagi kejayaan dengan pencapaian 30,000 jam penerbangan – antara yang tertinggi di Asia Pasifik.

Majlis tersebut diadakan di Pangkalan Udara TUDM Labuan dan dihadiri oleh Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM, Panglima TUDM.

Turut hadir adalah Burhanudin (Burhan) Noordin Ali, Ketua Perwakilan Airbus di Malaysia dan Axel de Pascal, Pengarah Urusan, Airbus Helicopters Malaysia.

Sambil mengucapkan tahniah kepada tentera udara pada majlis tersebut, de Pascal berkata “Airbus berbangga dengan perkhidmatan secara berkesan dan cekap armada H225M kepada Tentera Udara Diraja Malaysia sepanjang dekad yang lalu, armada tersbut memainkan peranan yang penting dalam semua misi strategik dan taktikalnya.”

“Kami sangat berbesar hati untuk bersama tentera udara meraikan capaian penerbangan penting ini yang menekankan kepentingan aset ini kepada operasi TUDM.”   

Helicopter
Helikopter H225M TUDM

 

de Pascal menyampaikan anugerah kepada Jeneral Tan Sri  Mohd Asghar Khan bagi memperingati peristiwa penting ini.

Juruterbang H225M TUDM yang telah mencapai 2,000, 1,500, 1,000 dan 500 jam penerbangan masing-masing dalam helikopter H225M juga telah diberikan anugerah pencapaian jam penerbangan di majlis bersejarah tersebut.

 Majis tersebut juga menandakan kejayaan pertama pemasangan kotak gear utama dipertingkatkan (enhanced main gear box – eMGB) di luar Eropah pada salah satu helikopter H225M TUDM.

eMGB akan memberikan pernambahan keteguhan dan mengurangkan beban kerja penyelenggaraan armada H225M.

Armada helikopter H225M TUDM sebanyak 12 unit ini telah berkhidmat semenjak 2012 lagi. 

Direkabentuk untuk menangani misi yang paling mencabar, helikopter H225M telah mengambil bahagian dan menyertai pelbagai misi latihan dan kemanusiaan, termasuk operasi penyelamatan semasa banjir dan operasi menyelamatkan nyawa.

H225M
Helikopter Airbus H225M (EC 725) milik Tentera Udara Diraja Malaysia. (via internet)

 

Aset tempur, pelbagai fungsi dan serba boleh yang terbukti keupayaannya, helikopter H225M membolehkan pasukan tentera di hantar ke mana sahaja pada bila-bila masa ia diperlukan.

 Pada masa kini, sejumlah 170 helikopter H225M berada dalam perkhidmatan di seluruh dunia. Lebih daripada 200 helikopter jenis Super Puma sedang beroperasi di rantau Asia-Pasifik.

Selain Malaysia, negara Brazil, Perancis, Indonesia, Mexico, Singapura, Thailand dan Kuwait juga bergantung kepada keupayaan helikopter H22M untuk menyokong dan melaksanakan misi mereka yang paling mencabar. — DSA

Comments
Loading...