Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Dua Pesawat Pertama Airbus C295 Brunei Darussalam Kini Memulakan Perkhidmatan

Brunei Darussalam memperolehi sejumlah empat pesawat pengangkut taktikal bersaiz sederhana Airbus C295, yang diterapkan sebagai C295MW pada bulan Disember 2022 untuk memperkukuhkan lagi keupayaan udaranya.

0 3,827

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Dua pesawat pertama pengangkut taktikal bersaiz sederhana Airbus C295 kini memulakan perkhidmatan secara rasmi dengan Tentera Udara Diraja Brunei (RBAirF)

Acara Pengenalan ke dalam Perkhidmatan ini telah dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri 920 Mejar (Udara) Pengiran Muda ‘Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah yang telah menaiki pesawat C295 bersama dengan Skuadron ke-15 Tentera Udara Diraja Brunei.

Brunei Darussalam memperolehi sejumlah empat pesawat C295, yang diterapkan sebagai C295MW pada bulan Disember 2022 untuk memperkukuhkan lagi keupayaan udaranya.

Perjanjian perolehan ini turut merangkumi sokongan dalam perkhidmatan Airbus DCare untuk keseluruhan armada bagi memastikan kesediaan dan ketersediaan untuk menangani sebarang misi.

Mengungkapkan tahniah kepada Brunei Darussalam di atas perolehan pesawat C295 yang baru ini, Ketua Rantau Asia-Pasifik bagi Pertahanan dan Ruang Angkasa Airbus, Zakir Hamid berkata:

Airbus
Pengangkut taktikal bersaiz sederhana Airbus C295 kini memulakan perkhidmatan secara rasmi dengan Tentera Udara Diraja Brunei (RBAirF).

 

 “Airbus merasa amat berbesar hati untuk meraikan kejayaan penting ini bersama Tentera Udara Diraja Brunei. Kemasukan kedua-dua pesawat ini dalam perkhidmatan menandakan permulaan bagi pengembangan kemampuan operasi RBAirF.

Kami menghargai kepercayaan yang diberikan oleh negara Brunei terhadap Airbus, dan kami menantikan hari di mana pesawat C295MW akan memainkan peranan penting dalam pelbagai misi RBAirF.”

Armada pesawat C295MW Brunei yang baru ini turut dilengkapi dengan sistem radio dan avionik terbaru yang canggih, dan akan mula digunakan dalan operasi bantuan kemanusiaan dan bencana (HADR), pemindahan aeroperubatan, pemindahan bukan pertempuran, serta operasi mencari dan menyelamat.

Airbus

 Ia juga boleh dikonfigurasikan untuk mengangkut tentera dan kargo, pengangkutan VIP, menjatuhkan kargo serta terjunan bebas tentera dan penerbangan statik untuk terjunan tentera payung terjun.

Pesawat C295 digunakan secara meluas oleh pasukan tentera di seluruh dunia. Di Rantau Asia-Pasifik, pesawat pengangkut taktikal ini telah meraih populariti dikalangan Tentera Diraja Thai, Tentera Udara Filipina, Tentera Udara Rakyat Vietnam, Tentera Udara Indonesia dan Polis Indonesia. — DSA

Notis

Comments
Loading...