Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Russia Dakwa Berjaya “Tumpulkan” HIMARS Selepas Naiktaraf Sistem Pantsir

Kejayaan membuat perubahan terhadap strategi tenteranya termasuk menaiktaraf sistem persenjataannya untuk menangani sistem persenjataan Barat dengan lebih baik telah menunjukkan kesan di medan peperangan, dengan serangan balas musim bunga tentera Ukraine di wilayah Zaphorizia, selatan negara itu gagal membuahkan hasil sebagaimana diharapkan.

0 2,364

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Russia mendakwa sistem pertahanan udara “Pantsir” telah dinaiktaraf untuk memberikan perlindungan sehingga 100 peratus dalam situasi tertentu terhadap anggota tenteranya daripada serangan Sistem Lancaran Roket Berganda (SLRB) HIMARS yang dibekalkan oleh Amerika Syarikat.

Namun keadaan sebenar di medan mungkin tidak menggambarkan keadaan sebenar, dengan laporan dan video tentang kemusnahan yang dialami oleh aset-aset tentera Russia akibat serangan HIMARS masih dipaparkan di media-media sosial.

Menurut pegawai kanan di syarikat pertahanan negara itu, ROSTEC, sistem pertahanan udara Pantsir itu telah diubahsuai dan dinaiktaraf sejak SLRB HIMARS itu diperkenalkan di medan peperangan apabila Amerika Syarikat membekalkannya kepada tentera Ukraine.

Pantsir

“Apa-apa senjata dimodenkan dan dinaiktaraf selepas kerahannya di medan kombat. Ia adalah proses yang berterusan. Sebagai contohnya, selepas pihak musuh menerima SLRB HIMARS, pakar-pakar senjata kami telah menaiktaraf Pantsir untuk memintas roket-roket ini.”

“Kini kini mempunyai contoh-contoh di mana serangan HIMARS telah berjaya ditangani oleh sistem pertahanan udara kami. Terdapat contoh di mana kesemua 12 buah roket yang dilancarkan oleh sistem HIMARS telah berjaya ditembak jatuh oleh sistem pertahanan udara kami,” kata pegawai kanan ROSTEC itu,  Bekhkhan Ozdoyev dalam satu kenyataan di media Rusia baru-baru ini.

Sistem pertahanan udara Pantsir dikatakan telah dinaiktaraf dengan “software” baru serta kemampuan untuk melihat 360 darjah bagi membolehkan ia mengesan dan menangani pelbagai jenis ancaman daripada peluru berpandu, pesawat, helikopter sehinggalah kepada dron-dron kecil yang digunakan oleh tentera Ukraine itu memantau dan menanda sasaran. 

Apabila HIMARS mula diperkenalkan oleh tentera Ukraine pada tahun lepas, ia terbukti merupakan sistem yang mampu mengubah keadaan di medan peperangan dan berjaya mematahkan kemaraan tentera Russia, malah ia dalam beberapa keadaan telah menyebabkan ia berundur,

Tentera Ukraine juga menggunakan HIMARS untuk menyerang garisan-garisan bekalan (supply lines) tentera Russia seperti gudang dan pusat simpanan peluru serta penempatan tentera, menyebabkan Moscow terpaksa mengundurkan garisan bekalan mereka jauh daripada tenteranya yang sedang bertempur di barisan hadapan.

himars
HIMARS

 

Ini menyebabkan tentera Russia di barisan hadapan “terdedah” serta berhadapan dengan masalah kekurangan bekalan peluru dan senjata lain, menyebabkan ia sukar mempertahankan kawasan diduduki apabila diserang oleh tentera Ukraine.

Bagaimanapun, Russia diakui oleh penganalisis tentera Barat telah membuat “pembetulan” daripada segi strategi tenteranya, dimana tenteranya kini mampu menangani serangan-serangan tentera Ukraine yang dibantu dengan sistem-sistem persenjataan Barat dengan lebih berkesan.

Kejayaan membuat perubahan terhadap strategi tenteranya termasuk menaiktaraf sistem persenjataannya untuk menangani sistem persenjataan Barat dengan lebih baik telah menunjukkan kesan di medan peperangan, dengan serangan balas musim bunga tentera Ukraine di wilayah Zaphorizia gagal membuahkan hasil sebagaimana diharapkan.

“Kegagalan” serangan balas musim bunga tentera Ukraine di selatan negara itu turut diperakui oleh pemimpin-pemimpin Amerika Syarikat dan NATO serta media-media negara itu.

Namun, “kejayaan” Russia menangani serangan roket-roket HIMARS di medan peperangan bukan semata-mata akibat sistem pertahanan udara Pantsir sahaja, tetapi turut disebabkan oleh beberapa faktor.

Russia
Sistem peperangan elektronik “Zhitel” milik Russia

 

Antara faktor utamanya adalah tindakan “jamming” dilakukan oleh tentera Russia yang diperakui sendiri oleh pihak Amerika Syarikat sebagai “amat berkesan” sehinggakan mereka tidak dapat memastikan sama ada senjata-senjata canggih mereka seperti JDAM dan HIMARS berkemampuan membedil sasaran mereka dengan tepat.

Itu adalah kesimpulan yang dibuat oleh sebuah badan pemikir terkenal United Kingdom, Royal United Services Institute (RUSI) baru-baru ini.

“Jamming tidak menyebabkan JDAM tidak dapat digunakan, tetapi ia meningkatkan risiko senjata pintar tidak membedil  sasarannya dengan tepat,” menurut penyelidik RUSI, Thomas Withington.

Walaupun langkah-langkah anti-jamming boleh menangani masalah itu tetapi sistem peperangan elektronik Russia berkemampuan untuk “menenggelamkan” signal GPS daripada satelit, kata kajian badan pemikir itu.

“Masalahnya adalah kekuasaan signal jamming (oleh sistem peperangan elektronik Russia) yang tidak mampu ditangani,” kata Withington. — DSA

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...