Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Misi Khas Komando Amerika “Seludup Keluar” Sistem Pantsir-S1 Russia Dari Libya

Dalam satu misi khas sekitar pertengahan tahun 2020, anggota komando Amerika Syarikat dalam satu misi rahsia telah bertindak "menyeludup keluar" sistem pertahanan udara Pantsir-S1 buatan Russia daripada Libya dalam usaha mereka untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang sistem pertahanan udara berprofil tinggi kebanggaan Moscow itu.

0 7,772

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Amerika Syarikat telah menggunakan peluang daripada konflik di Ukraine ketika ini untuk “menyeludup keluar” beberapa sistem persenjataan buatan Russia yang menjadi perhatiannya pakar-pakar persenjataannya bagi membolehkan mereka melihat kemampuan persenjataan terbabit dengan lebih dekat. 

Laporan daripada Ukraine baru-baru ini mendakwa bahawa tentera Amerika Syarikat telah berjaya memperolehi sebuah helikopter penyerang Russia, KA-52 “Alligator” yang lengkap daripada tentera Ukraine yang merampasnya selepas mereka menawan sebuah pangkalan udara yang sebelumnya diduduki oleh tentera Russia.

Amerika Syarikat sememangnya memandang tinggi akan keupayaan helikopter penyerang KA-52 itu yang menggunakan sistem rotor co-axial dibangunkan oleh Kamov Design Bureau daripada dahulu dan peluang untuk mengkajinya dengan lebih dekat sememangnya adalah peluang yang amat dinantikannya.

Ia akan merungkai pelbagai “misteri” tentang keupayaan dan kelemahan helikopter penyerang Russia itu.

Helikopter penyerang KA-52 itu kemudiannya dihantar sama ada ke Poland atau Republik Czech bagi membolehkan pakar-pakar pesenjataan Amerika Syarikat mengkaji segala sistem milik helikopter itu yang dipandang tinggi oleh mereka.

Pantsir

Selepas segala kajian selesai dijalankan, helikopter penyerang itu telah dikembalikan kepada Ukraine bagi membolehkan tentera negara Eropah Timur itu menggunakannya untuk menentang “bekas tuannya” iaitu Russia.

Sebenarnya, Washington sentiasa menggunakan peluang yang tersedia menerusi konflik-konflik ini untuk “merampas” senjata-senjata buatan Russia,China atau negara lain untuk “mempelajari” dengan lebih mendalam mengenainya.

Dalam satu misi khas sekitar pertengahan tahun 2020, anggota komando Amerika Syarikat dalam satu misi rahsia telah bertindak “menyeludup keluar” sistem pertahanan udara Pantsir-S1 buatan Russia daripada Libya dalam usaha mereka untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang sistem pertahanan udara berprofil tinggi kebanggaan Moscow itu.

Pada ketika itu, sistem pertahanan udara terbabit sedang berada dibawah kawalan panglima tentera tempatan atau Libyan National Army (LNA) dikenali dengan nama Jeneral Khalifah Haftar yang “membelinya” daripada Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Selain dapat memberikan Amerika Syarikat maklumat-maklumat teknikal yang penting berkenaan sistem pertahanan udara buatan Russia itu, “rampasan” oleh anggota komando Amerika itu juga dapat memastikan sistem itu tidak jatuh ke tangan kumpulan militan dan ekstremis Islam.

Pantsir
Sistem pertahanan udara ‘Pantsir” ketika dibawah kawalan askar panglima tentera tempatan, Khalifa Haftar.

 

Menurut akhbar Britain “The Times”, misi khas itu yang dilaksanakan pada Jun 2020 itu terpaksa menggunakan pesawat pengangkut strategik C-17A Globemaster Amerika Syarikat berikutan saiz “barangan seludup” yang terlalu besar.

Pesawat pengangkut Tentera Udara Amerika Syarikat itu terpaksa melakukan penerbangan ke Lapangan Terbang Zuwarah yang terletak di barat Tripoli bagi membolehkan mereka mengangkut sistem peluru berpandu Pantsir S-1 dan terbang semula ke pengkalan udara tentera Amerika Syarikat di Ramstein, Jerman.

Di Pangkalan Tentera Ramstein, Jerman yang merupakan pangkalan tentera utama Amerika di Eropah itulah pakar-pakar teknikal tentera negara itu telah “membogelkan” sistem pertahanan udara buatan Russia itu bagi membolehkan mereka mempelajari sistem berkenaan.

Sistem Pantsir-S1 yang menjadi perhatian Amerika Syarikat itu terdiri daripada enam peluru berpandu dan dua meriam 30mm, selain sistem radar dan sistem elektronik serta penderianya yang lain. Sistem itu dibangunkan untuk menggantikan sistem pertahanan udara “Tunguska”.

Peluru berpandu terbabit boleh menembak sasaran sehingga jarak 20km dan di ketinggian 50,000 kaki.

C-17
Pesawat C-17 Globemaster

 

Sistem pertahanan udara “Pantsir” bukan sahaja digunakan oleh Russia di Libya, tetapi juga di Syria dan kini di Ukraine.

Apa sahaja yang dipelajari oleh Amerika Syarikat hasil rampasannya sistem pertahanan udara Pantsir di Libya sudah pasti sudah digunakan oleh negara itu dan tentera Ukraine ketika menentang Russia pada konflik negara Eropah Timur itu pada ketika ini.

Walaupun peluru berpandu terbabit itu dibawah kawalan panglima Khalifa Haftar, tetapi terdapat laporan bahawa ia sebenarnya dioperasikan oleh anggota kontraktor keselamatan persendirian Russia “Wagner” yang dihantar ke Libya untuk membantu Khalifah Haftar dan mempertahankan “kepentingan-kepentingan” Russia di negara utara Afrika yang kaya dengan minyak itu.

Kontraktor keselamatan “Wagner” yang juga kenali sebagai “Putin’s private army” juga didakwa mengoperasikan pesawat pejuang MiG-29 dan Su-24 di Libya bagi membantu pasukan tentera Khalifah Haftar.

Wagner
Anggota keselamatan persendirian Wagner Russia di Libya.

 

Apa yang dapat dipelajari oleh pihak Amerika Syarikat selepas mereka memperolehi sistem Pantsir S-1 ini? diantaranya, mereka dapat tahu material yang digunakan membina sesetengah komponen seterusnya dapat memberitahu tentang kemampuan industri pertahanan Russia itu sendiri.

Selain itu, Amerika Syarikat juga dapat membangunkan sistem counter-measures untuk menangani ancaman, taktik, teknik serta SOP daripada pengetahuan yang dipelajari daripada sistem Pantsir S-1 ini .

Bagaimanapun, kita sendiri tahu bahawa sistem Pantsir S-1 ini teruk juga dikecam akibat prestasinya yang buruk di Libya dan Syria dan pihak Russia sedang membangunkan versi sistem Pantsir-SM yang lebih berkemampuan. —DSA

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

 

 

Comments
Loading...