Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Ruang Udara Israel “Kacau Bilau” Akibat Aktiviti “Jamming/ECM” Russia Di Syria

Media Israel mendakwa aktiviti "jamming"/electronic counter measure (ECM) oleh pihak tentera Russia di Syarikat bertujuan untuk menunjukkan kepada Israel dan Amerika Syarikat tentang siapakah "boss" sebenar di Timur Tengah.

0 3,393

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pesawat-pesawat dan kapal laut yang mahu ke Israel daripada arah timur Meditteranean mendakwa sistem Global Positioning System (GPS) dan navigasi mereka yang lain mengalami “gangguan yang teruk” dipercayai akibat aktiviti “jamming” oleh tentera Russia daripada kedudukan mereka di Syria.

Sejak beberapa minggu lepas, juruterbang-juruterbang pesawat menuju ke Israel serta kapal-kapal laut mendakwa sistem navigasi pesawat mereka terganggu atau tidak dapat digunakan sama sekali.

Bukan sahaja juruterbang-juruterbang sahaja menerima kesan akibat akitiviti “jamming” tentera Russia tetapi mereka yang mengawal Menara kawalan trafik udara juga mengadu perkara yang sama terhadap peralatan mereka.

Berikutan daripada itu, pihak berkuasa Israel telah mengadu kepada Russia mengatakan sistem Electronic Counter Measures (ECM) miliknya di Syria telah menganggu dengan teruk sistem GPS dan sistem navigasi lain pesawat-pesawat/kapal  yang mahu ke negara itu.

Bagaimanapun, pihak tentera Russia enggan melayan permintaan Israel supaya menghentikan aktiviti “jamming-nya”, dengan alasan bahawa ia terpaksa melakukan “jamming” untuk melindungi anggota tenteranya yang bertugas di Syria.

Krasukha
Sistem Pertahanan Udara Russia di sekitar Pangkalan Udara Hmeimim, Latakia di Syria.

 

Pihak berkuasa Israel juga dikatakan sedang berusaha untuk “neutralize” aktiviti jamming oleh pihak tentera Russia, tetapi selepas berminggu berusaha, aktiviti itu masih lagi berlaku.

Dalam satu kenyataan baru-baru ini, Kementerian Pertahanan Russia mengakui bahawa ia telah membina sistem peperangan elektronik pelbagai lapisan yang komprehensif di Syria bagi melindungi anggota-anggota serta asetnya di pangkalan-pangkalan tentera terutamanya di Pangkalan Udara Hmeimim, Latakia daripada serangan udara, sama ada menggunakan pesawat pejuang atau dron-dron bersenjata.

Antara sistem peperangan elektronik Russia di Syria termasuklah Pole-21 Jamming Station, Sistem Ratnik-Kupol untuk pemintasan saluran radio dron, Sistem Krasukha S-4 dan TK-25E shipborne electronic counter-measures.

Krasukha
Barisan pesawat-pesawat pejuang F-16 Tentera Udara Israel

 

Sebagaimana yang kita tahu, pesawat-pesawat pejuang Israel dan tentera Bersekutu termasuk Amerika Syarikat, Britain dan Perancis kerap kali melakukan serangan udara terhadap kedudukan kumpulan bersenjata tertentu terutama pro-Bashar Assad di Syria.

Kumpulan-kumpulan pro kepada Presiden Assad ini juga terdiri daripada Hezbollah dan yang disokong oleh Iran.

Serangan udara terbaru pihak Israel berlaku hanya pada Isnin lepas dimana pesawat-pesawat negara itu telah mengebom kedudukan kumpulan bersenjata disokong Assad/Iran berhampiran ibu kota, Damsyik.

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

 

“Gangguan” yang dialami oleh sistem GPS dan navigasi lain pesawat-pesawat dan kapal laut menuju ke Israel berpunca daripada tindakan ECM dinamakan “spoofing”, yang didakwa dilakukan oleh Russia sehingga menyebabkan juruterbang “keliru” tentang kedudukan sebenar mereka.

Akibat daripada “spoofing” itu, maklumat daripada GPS atau alat navigasi itu “terganggu” dan mengeluarkan maklumat tidak betul/palsu sehingga menyebabkan juruterbang atau kapten kapal tidak pasti kedudukan sebenar mereka.

Mengikut maklumat, pihak tentera Russia meletakkan peralatan “jammer”/ECM mereka di Pangkalan Udara Hmeimim di Latakia, Syria, berhampiran dengan lokasi-lokasi yang menjadi sasaran serangan udara oleh pihak Israel dan rakan-rakan sekutunya. — DSA

Krasukha
Sistem pertahanan udara “Buk M-2E” di Syria.

 

Comments
Loading...