Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Russia Kehilangan “Aset Amat Bernilai”, Pesawat ELINT/SIGINT Ilyushin IL-22M “Coot B”

Hanya beberapa jam selepas bangkai pesawat “pengangkut” yang ditembak jatuh oleh anggota Wagner itu ditemui, barulah penganalisis pertahanan mendapati bahawa pesawat yang ditembak jatuh itu adalah pesawat Ilyushin IL-22M "Coot-B", satu aset udara yang amat bernilai dalam Tentera Udara Russia.

0 12,142

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Ketika insiden “pemberontakan bersenjata” anggota bersenjata Wagner di Russia memuncak beberapa hari lalu, kumpulan bersenjata dipimpin oleh Yevgeny Prigozhin itu telah menembak sebuah pesawat yang dianggap aset “amat bernilai” di dalam Tentera Udara Russia.

Ketika kemaraan ke Moscow, anggota keselamatan Wagner menggunakan sistem pertahanan udara sama ada Strela-10 atau Pantsir yang dimiliki mereka untuk menembak jatuh enam buah aset udara milik Tentera Udara Russia terdiri daripada lima buah helikopter dan sebuah pesawat.

Pesawat tunggal ditembak jatuh oleh Wagner telah mengorbankan 10 anak kapalnya.

IL-22M "Coot B"
Bangkai peswat IL-22M “Coot B” yang ditembak jatuh oleh anggota Wagner

 

Hanya beberapa jam selepas bangkai pesawat “pengangkut” yang ditembak jatuh itu ditemui, barulah penganalisis pertahanan mendapati bahawa pesawat yang ditembak jatuh itu merupakan aset yang amat bernilai dalam Tentera Udara Russia.

Pesawat yang ditembak jatuh oleh Wagner itu dikenalpasti adalah Ilyushin IL-22M (Coot-B).

Disebabkan kepakaran tugasan dilakukannya, Tentera Udara Russia hanya mempunyai sekitar 30 buah pesawat seumpama serta variannya yang bertindak sebagai “Airborne Command Post” (ACP) dengan sebahagian besar dikerah untuk tugasan menangani konflik Ukraine.

Kerahan pesawat empat enjin berkipas Il-22M “Coot-B” dan variannya telah memainkan peranan yang amat penting dalam merencanakan kempen udara terhadap Ukraine serta di awasan konflik yang lain.

Pesawat-pesawat ACP yang bertindak sebagai platform ELINT/SIGINT selain ACP seperti IL-22M Coot-B adalah amat strategik daripada segi kepentingannya, dengan pihak tentera Ukraine sentiasa berusaha untuk menembak jatuhnya tetapi gagal.

Wagner berjaya menembak jatuh, tindakan yang bakal dilakukan oleh Ukraine walaupun dibekalkan sistem pertahanan udara Barat.

Ukraine gagal kerana pesawat-pesawat ACP ini dioperasikan di dalam ruang udara Russia itu sendiri atau sekiranya ia “keluar” daripada sempadan negara itu, ia akan akan hanya beroperasi di ruang udara yang sudah pun dikuasai oleh pesawat-pesawat pejuang negara itu.

IL-22M "Coot B"

“Kejayaan” anggota keselamatan Wagner menembak jatuh pesawat IL-22M Coot-B milik Tentera Udara Russia itu secara tidak langsung telah memberikan kelebihan kepada Ukraine.

Menurut laporan, ketua kumpulan bersenjata Wagner itu Yevgeny Prigozhin menyatakan ketidakpuasanhati beliau terhadap insiden penembakan jatuh pesawat IL-22M Coot-B itu dan menyifatkan individu yang bertanggungjawab menembaknya jatuh sebagai bodoh.

Beliau yang kini hidup dalam “buangan” di Belarus menawarkan bayaran gantirugi sebanyak 50 juta Rubles (US$600,000) sebagai bantuan kewangan kepada anggota anak kapal pesawat IL-22M Coot-B yang terbunuh dalam insiden itu. 

Memainkan peranan penting dalam kemampuan Electronic Intelligence (ELINT) Tentera Udara Russia, pesawat IL-22M Coot-B itu adalah aset yang amat penting untuk perlaksanaan misi-misi pemantauan dan perisikan tentera udara negara itu.

Peralatan canggih peperangan elektronik dan sensor yang melengkapi pesawat itu membolehkan ia mengumpul dan menganalisis data serta memberikan maklumat penting berkenaan aktiviti pihak musuh, signal elektronik dan jaringan komunikasi.

IL-22M "Coot B"
Strela-10
Pantsir S-1
“Pantsir”

 

Pesawat IL-22M Coot-B juga memantau sasaran-sasaran di darat dan menganalisis ancaman persekitaran, kekuatan musuh dan pergerakan musuh.

Dengan kemampuan terbang pada altitud maksima pada 39,000 kaki, pesawat IL-22M Coot-B boleh beroperasi di ruang udara yang pelbagai dan mencabar.

Pesawat itu boleh terbang selaju 419 km/h dan beroperasi sejauh 4,039 km (6,500 km | 12,038 batu nautika) — DSA

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...