Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Ukraine Perlu Rasa “Bimbang” Dengan Tindakan “Buang Negara” Panglima Wagner Di Belarus

Bercakap kepada Sky News, bekas ketua staf tentera darat British Jeneral Richard Dannat berkata, tindakan Presiden Vladimir Putin “membuang” Prigozhin ke Belarus itu perlu menimbulkan syak-wasangka dan  kebimbangan kepada Ukraine.

0 11,622

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Ukraine perlu meningkatkan pertahanannya terhadap kemungkinan anggota keselamatan Wagner melancarkan serangan terhadap ibu negara Kiev daripada Belarus, dimana ketua Yevgeny Prigozhin itu kini hidup dalam “buangan”, menurut seorang bekas jeneral tentera British yang memberikan amaran itu.

Bercakap kepada Sky News, bekas ketua staf tentera darat British Jeneral Richard Dannat berkata, tindakan Presiden Vladimir Putin “membuang” Prigozhin ke Belarus itu perlu menimbulkan syak-wasangka dan  kebimbangan kepada Ukraine.

“Laporan tentang beliau (Yevgeny Prigozhin) telah ke Belarus adalah suatu kebimbangan,” kata bekas jeneral British itu.

Belarus
Richard Dannat

 

Sekiranya ketua kumpulan Wagner itu turut membawa anggota-anggota keselamatannya (anggota Wagner ke Belarus), maka beliau boleh menimbulkan ancaman kepada Ukraine kerana kedudukan di antara Kiev dan Belarus itu.

Pasukan keselamatan Wagner yang ditubuhkan oleh Prigozhin itu dipercayai mempunyai kira-kira 50,000 anggota dengan sebahagian besar daripada mereka kini sedang bertempur di selatan Ukraine.

Menurut Dannat lagi, adalah suatu kemungkinan yang membimbangkan Ukraine bahawa Moscow mungkin akan menggunakan anggota-anggota Wagner untuk cuba menawan ibu negara Ukraine, Kiev sekali lagi daripada Belarus yang merupakan sekutu kuat kepada Russia.

Presiden Belarus Alexsandr Lukashenko dilaporkan merupakan orang tengah yang menamatkan “perseteruan” (sama ada benar-benar berlaku atau hanya drama) di antara Moscow dengan kumpulan Wagner itu.

Baru-baru ini, Russia mengesahkan bahawa ia telah mula menempatkan senjata-senjata taktikal nuklear di Belarus, namun enggan mendedahkan jumlah dan jenis senjata taktikal nuklear yang ditempatnya di negara yang bersempadan dengan Ukraine itu.

Belarus
Anggota Wagner ketika menawar pejabat tentera Russia di Rostov-on-Don.

 

Dalam kompromi bagi menamatkan kemaraan anggota pasukan keselamatan Wagner ke Moscow, Prigozhin bersetuju untuk hidup dalam “buangan” di Belarus manakala kerajaan Putin pula bersetuju untuk tidak mengenakan sebarang tindakan terhadap anggota kumpulan tentera persendirian itu yang terlibat dalam pemberontakan bersenjata terhadap Moscow itu.

Moscow juga bersetuju untuk tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Prigozhin yang mengetuai pemberontakan bersenjata itu.

Kerajaan Russia menuduh anggota bersenjata Wagner dan Prigozhin melancarkan “pemberontakan bersenjata” terhadap negara itu.

Moscow juga menuduh Prigozhin yang berusia 62 tahun dan anggota bersenjata Wagner lain cuba “merampas kuasa.”

Agensi keselamatan Russia, FSB telah membuka tuduhan jenayah terhadap Prigozhin dan menuduh beliau kerana menyeru pemberontakan bersenjata dan cuba memulakan konflik saudara di Russia, namun kesemuanya telah “diampunkan”.

Prigozhin
Yevgeny Prigozhin (tengah) bertanggungjawab wujudkan kontraktor keselamatan Wagner.

 

Hubungan di antara Prigozhin dan kepimpinan tentera Russia tegang sejak beberapa bulan kebelakangan ini walaupun kedua-dua pihak berjuang bersama-sama di medan peperangan di Ukraine terutamanya ketika dalam cubaan mereka untuk menakluk wilayah Bakhmut di Ukraine.

Prigozhin mengkritik secara terbuka cara-cara kepimpinan tentera Russia melaksanakan peperangan di Ukraine termasuk menuduh ramai di kalangan jeneral-jeneral terlibat dalam kegiatan rasuah.

Beliau menuduh jeneral-jeneral tentera Russia terutamanya Menteri Pertahanan Sergey Shoigu dan Ketua Staff Angkatan Tentera Russia Jeneral Valery Gerasimov tidak mempedulikan nyawa anggota-anggota Wagner yang berjuang di Ukraine.

Prigozhin juga menuduh jeneral tertentu Russia hidup mewah hasil kegiatan rasuah.  — DSA

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...