Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Korea Utara Hantar 100 Ribu “Tentera Upahan” Ke Ukraine

Pemerhati antarabangsa menyifatkan penghantaran 100,000 sukarelawan Korea Utara ke Ukraine itu sebenarnya adalah samaran semata-mata kerana tugas sebenar mereka adalah di negara bergolak itu adalah sebagai "tentera upahan Moscow."

8,828

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Konflik di antara Ukraine dan Russia bakal menjadi lebih “berdarah” selepas Korea Utara dikatakan bersedia untuk menghantar kira-kira 100,000 sukarelawan ke kawasan bergolak itu untuk membantu tentera Russia.

Laporan mengenai tawaran penghantaran sukarelawan Korea Utara ke Ukraine itu pada mulanya dibuat oleh pengacara stesen televisyen Russia,Igor Korotchenko pada stesen Channel One di Russia.

Duta Korea Utara Sin Hong Chol kemudiannya mengesahkan mengenai hasrat negaranya menghantar sukarelawan ke Russia dalam pertemuannya dengan duta Republik Rakyat Donetsk (DPR) Okga Makeeva di Moscow baru-baru ini.

Korea Utara

DPR merupakan wilayah Donetsk adalah sebahagian daripada wilayah Ukraine sebelum dijajah oleh tentera Russia.

Sebenarnya, mengikut Korotchenko, kira-kira 100,000 sukarelawan Korea Utara yang bakal dihantar ke Ukraine itu adalah “pekerja” yang akan membantu di dalam kerja-kerja pembinaan semula kawasan yang terjejas teruk akibat peperangan.

Korea Utara sememangnya menghantar pekerja mereka ke beberapa negara terutamanya untuk bekerja di sektor perlombongan yang berisiko tinggi.

Antara negara yang mengambil pekerja Korea Utara adalah Malaysia (ketika negara mempunyai hubungan diplomatik dengan Pyongyang), dengan kira 117 daripada mereka bekerja di lombong-lombong di Sarawak.

Duta Russia ke Korea Utara Alexandre Matsegora menyifatkan pekerja-pekerja Korea Utara itu sebagai “berkemahiran tinggi dan bermotivasi”.

“Pekerja-pekerja Korea Utara berkelayakan tinggi, bekerja keras dan sanggup untuk bekerja di kawasan-kawasan yang mencabar dan merupakan tenaga kerja yang penting di dalam usaha-usaha pembinaan semula kawasan yang musnah di Donbas (kawasan Ukraine yang dijajah oleh Russia),” katanya.

Korea Utara
Pekerja Korea Utara

 

Beliau berkata Korea Utara adalah antara segelintir negara yang mampu untuk bertindak sendiri di dalam perkara hubungan luar, tanpa perlu mengikut telunjuk mana-mana negara sama ada  Russia, Amerika Syarikat atau China.

“Tidak ada negara yang boleh memaksa Korea Utara untuk berbuat sesuatu tanpa kehendak mereka sendiri,” katanya

Moscow dan Pyongyang mempunyai hubungan diplomatik yang rapat dengan Korea Utara menjadi antara negara paling awal mengiktiraf DPR dan Luhansk People Republik yang hanya wujud beberapa minggu lepas daripada wilayah-wilayah Ukraine yang dijajah oleh tentera Russia.

Bagaimanapun pemerhati antarabangsa menyifatkan penghantaran 100,000 sukarelawan Korea Utara ke Ukraine itu sebenarnya adalah samaran kerana tugas sebenarnya mereka adalah sebagai tentera upahan.

“Sukarelawan” Korea Utara itu sebenarnya bertujuan untuk mengganti ribuan tentera Russia yang terbunuh selepas beberapa bulan pertempuran dengan tentera Ukraine.

Korea Utara

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Pihak berkuasa Ukraine menganggarkan sehingga 400,000 anggota tentera dan sukarelawan Russia terbunuh di Ukraine, walaupun pihak-pihak perisikan Barat meletakkan bilangan mereka yang terkorban itu pada 15,000 orang.

Pemerhati antarabangsa itu berkata adalah amat pasti “sukarelawan” Korea Utara yang akan dihantar ke wilayah bergolak Ukraine itu akan dipaksa memikul senjata dan berperang bagi pihak Russia.

Itulah tujuan sebenar kehadiran mereka di Ukraine, menurut pemerhati antarabangsa itu. — DSA

Comments are closed.