Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

(Video) Pyongyang Pamer Peluru Berpandu ICBM Terbaru

0 581

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Korea Utara telah mendedahkan peluru berpandu balistik antara benua atau Inter Continental Ballistic Missile (ICBM) yang paling besar pernah dilihat dunia dalam perbarisan tentera sempena ulangtahun ke-75 Parti Pekerja negara itu semalam.

Peluru berpandu ICBM itu dibawa oleh kenderaan pelancar 11×2 tayar (bersamaan 22 tayar keseluruhannya) pada perarakan yang diadakan di ibu negara Korea Utara, Pyongyang.

Pemimpin ulung Korea Utara, Kim Jong-un turut hadir melihat perarakan tentera itu.

Sehingga kini, penganalisis barat masih menggaru kepala memikirkan tentang peluru berpandu ICBM terbaru yang dipaparkan oleh Korea Utara, bagaimanapun mereka meneka ia mungkin adalah versi terbaru peluru berpandu “Hwasong-15” yang dilancarkan dalam satu latihan pada 2017.

Korea Utara

Ketika dilancarkan pada 2017 itu, Korea Utara mendakwa “Hwasong-15” mampu mengenai mana-mana sasaran di Amerika Syarikat.

Regim Kim Jong-un telah menyatakan ia akan meningkatkan teknologi dan kemampuan peluru berpandunya walaupun negara ini mengadakan rundingan dengan Amerika Syarikat dan Korea Selatan.

Peluru berpandu ICBM yang dipertonton buat pertama kali semalam adalah lebih besar berbanding “Hwasong-15” dan berkemungkinan ia akan perlu lagi jauh serta membawa lebih banyak peledak nuclear berbanding versi sebelumnya.

Rakaman perarakan semalam yang menunjukkan peluru berpandu ICBM Korea Utara terbaru. (sumber Twitter)

MIRV atau “Multiple Independent Reentry Vehicle” merupakan peledak nuklear yang mampu membedil sasaran secara sendiri.

Satu ICBM boleh membawa beberapa kepala peledak membolehkan ia membedil beberapa sasaran secara serentak.

Korea Utara
GELAK BESAR… Kim Jong-un dengan jeneral-jeneralnya. (sumber Twitter)

“Liquid fuel, Huuge, capable of carrying MIRV warheads,” menurut Melissa Hanham, timbalan pengarah di Open Nuclear Network di Stanford University di dalam akaun Twitter yang dipetik oleh stesen berita terkemuka CNN.

Selain menunjukkan buat pertama kali peluru berpandu ICBM, Pyongyang juga mempamerkan kereta kebal terbarunya pada perarakan tentera yang diadakan semalam itu.

Kereta kebal terbaru Korea Utara itu Nampak moden dan mengikut rekabentuk kereta kebal buatan Barat.

Kereta Kebal
Kereta kebal terbaru Korea Utara. (sumber Twitter)

Penganalisis mengatakan ia lebih banyak menyerupai kereta kebal terbaru Russia iaitu T-14 Armata.

Kereta kebal terbaru Korea Utara itu dikatakan dilengkapkan dengan reactive armor, peluru berpandu kereta kebal dan kemungkinan active protection system bagi melindunginya daripada serangan pihak musuh.

Perarakan semalam juga memperlihatkan anggota tentera Korea Utara memakai pakaian seragam baru, lengkap dengan body armor dan pelbagai kelengkapan peribadi yang lain.

More headaches for US and its allies.

Korea Utara
Anggota tentera Korea Utara dengan pakaian seragam baru dan peralatan peribadi. (sumber Twitter)

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...