MINDEF Jamin Pembinaan Kapal LCS Telus, Tanpa Rasuah
Kapal-kapal Littoral Combat Ship (LCS) TLDM itu sepatutnya telah pun berada di Laut China Selatan untuk mencegah pencerobohan kapal-kapal pengawal pantai China.
(DEFENCE SECURITY ASIA) — Kementerian Pertahanan memberi jaminan perolehan enam buah kapal Littoral Combat Ship (LCS) bernilai RM9 bilion untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan dilakukan secara telus tanpa penyalahgunaan kuasa atau rasuah.
Itu adalah kenyataan Menteri Kanan Pertahanan Hishammuddin Hussein di Sungai Petani beberapa hari lepas sebagaimana dilaporkan oleh akhbar Berita Harian.
Satu kenyataan yang amat “ditunggu-tunggu” daripada Menteri Pertahanan, terutamanya selepas projek pembinaan enam buah kapal LCS itu terlewat lebih daripada tiga tahun dengan RM6 billion telah dibelanjakan tanpa satu kapal LCS pun berjaya disiapkan.
Admin ulangi sekali lagi RM6 bilion telah dibelanjakan tetapi satu kapal pun tidak siap.
Kemelut yang berlaku dalam projek pembinaan kapal LCS TLDM hanya menunjukkan kepada seluruh dunia tentang perangai kita sendiri. Sesuatu yang sememangnya tidak boleh dibanggakan.
Menteri Pertahanan itu berkata lagi bahawa perolehan LCS penting kerana negara berada dalam tempoh pasca COVID-19 dan proses itu perlu dirancang rapi.
“Isu pertahanan dan keselamatan negara serta rakyat tidak boleh dikompromi dengan wang ringgit, ugutan dengan politik dan wang ringgit serta pemikiran sempit.
“Saya dan pimpinan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan buat apa yang patut untuk memastikan tanggungjawab yang kita pikul dan amanah yang diletak di bahu kita ditunaikan setakat mana yang kita mampu,” katanya.
In the first place, jikalau Pak Menteri mengotakan kenyataan diatas, nescaya apa yang telah berlaku pada projek pembinaan kapal LCS pada ketika ini tidak akan berlaku dan TLDM telah pun memperolehi kapal-kapal LCS terbabit.
Dan kapal-kapal LCS TLDM itu sepatutnya telah pun berada kawasan perairan kita di Laut China Selatan untuk mencegah sebarang pencerobohan oleh kapal-kapal pengawal pantai China.
Comments are closed.