Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

“Show Of Force” Oleh TLDM Menerusi Latihan Perang Pangkor, Borneo War

Sebagai laluan perhubungan utama antara Lautan Hindi dan Lautan Pasifik, Selat Melaka sepanjang 930km itu merupakan antara laluan perkapalan paling penting di dunia.

0 5,283

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Armada Barat telah melaksanakan Latihan Perang Pangkor di Selat Melaka yang merupakan satu tindakan “show of force” bagi memperagakan aset pertahanan maritim milik TLDM secara berterusan di selat yang sibuk dan amat penting daripada kedudukan strategiknya.

Latihan itu juga secara tidak langsung telah memberi impak positif kepada komuniti maritim dalam meningkatkan keyakinan terhadap kemampuan dan komitmen TLDM.

“Latihan Perang Pangkor ini juga adalah merupakan salah satu langkah tindakan show of force di perairan Selat Melaka bagi memperagakan aset pertahanan maritim secara berterusan.”

Pangkor
Aset maritim yang terlibat dalam Eks Borneo War.

 

“Malah ia secara tidak langsung memberi impak positif kepada komuniti maritim dalam meningkatkan keyakinan terhadap kemampuan dan komitmen TLDM amnya dan Armada Barat khasnya bagi mengekalkan kestabilan dan tahap keselamatan perairan negara,” kata TLDM dalam satu kenyataan.

Latihan Perang Pangkor itu melibatkan pelbagai aset pertahanan maritim iaitu KD Mahawangsa, KD Lekiu serta aset sokongan iaitu Fast Combat Boat.

Pangkor
(TLDM)

 

Pelbagai siri latihan telah berjaya dilaksanakan merangkumi aspek latihan navigasi, komunikasi serta peperangan maritim.

Warga TLDM juga telah mempamerkan tahap kecekapan dalam setiap evolusi yang dilaksanakan.

Pangkor
(TLDM)

 

Latihan berkala seperti Latihan Perang Pangkor ini juga dilihat dapat mengukuhkan kemahiran dan kesiapsiagaan warga TLDM dan aset-aset di Zon Maritim Semenanjung Malaysia

Sementara itu, TLDM juga telah mengadakan Latihan Penembakan Sasaran Statik Permukaan ketika Fasa Laut Eksesais Borneo War 3/22.

Pangkor
(TLDM)

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Aset-aset TLDM yang terlibat adalah KD Selangor, KD Inderasakti, KD Keris, KD Rencong, KD Serang, KD Baung dan KD Sri Perlis. — DSA

Maklumat dan gambar adalah FB TLDM 

Pangkor
(TLDM)
Comments
Loading...