ATM Kerah Kenderaan Satelit X-Band (COTM) Ke Sabah
Kenderaan X-Band ini mempunyai dua varian, iaitu Communication On The Move (COTM) dan Communication On The Pause (COTP), di mana kedua-duanya berfungsi sebagai Terminal Satelit X-Band yang berupaya menghantar video, data serta gambar secara semasa dari media pertempuran ke markas operasi.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bukan sahaja mengerahkan aset-aset dan pasukan-pasukan komandonya ke Pantai Timur Sabah tetapi ia juga telah bertindak meningkatkan kemampuan komunikasi anggotanya yang bertugas di negeri bersempadan selatan Filipina yang sentiasa bergolak itu.
Untuk meningkatkan keberkesanan komunikasi anggotnya, ATM telah bertindak mengerahkan kenderaan Communication On The Move (COTM) yang menggunakan sistem komunikasi satelit X-Band di pantai timur Sabah.
“Kenderaan ini juga terbukti mampu melaksanakan pelbagai misi penting ketenteraan dengan sistem yang canggih serta berupaya menghubungkan komunikasi satelit sepanjang perjalanan ketika bergerak.

“Antena yang dipasang pada bumbung kenderaan ini mampu untuk menyediakan kemudahan penghantaran data, video conferencing, tel ip phone dan paparan radar melalui sistem kripto terselamat,” menurut kenyataan akaun FB MyJointForce (Markas Angkatan Bersama) baru-baru ini.
Kenderaan X-Band ini mempunyai dua varian, iaitu COTM dan Communication On The Pause (COTP), di mana kedua-duanya berfungsi sebagai Terminal Satelit X-Band.
Kedua-dua kenderaan X-Band ini berupaya menghantar video, data serta gambar secara semasa dari media pertempuran ke markas operasi.
Kejayaan perolehan aset ini adalah sebahagian dari pemodenan sistem komunikasi yang akan digunakan oleh Angkatan Tentera Bersama (ATB) untuk mempertingkatkan kesiagaan dalam menjaga kedaulatan Pantai Timur Sabah.

Ianya turut membantu ATB mempertingkatkan keupayaan operasi serta mengoptimumkan kelebihan dalam force multiplier effect kuasa tempur ATM.
“Secara tidak langsung juga, asset ini mampu memberikan ‘secure communication’ untuk operasi tentera dalam pengawasan ancaman keselamatan negara seperti pencerobohan sempadan atau aktiviti penyeludupan,” menurutnya.
ATB menurut kenyataan dalam media sosial itu, sentiasa berada pada tahap kesiapsiagaan operasi yang tertinggi dan sentiasa komited terhadap memperkasakan kawalan keselamatan dan kedaulatan negara.
Comments are closed.