Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Selepas PDRM, ATM Pula Bakal Kerah Pasukan Khas Ke Sabah

Selepas Polis Diraja Malaysia mengumumkan kerahan Unit Tindakan Khas (UTK) ke Sabah, kini Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pula menyatakan bahawa ia bersedia menggerakkan pasukan khasnya ke Negeri Di Bawah Bayu untuk meningkatkan keselamatan.

0 17,962

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Bagi memelihara keselamatan negeri Sabah daripada sebarang ancaman, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersedia mengatur-gerak pasukan-pasukan khasnya untuk mengawal kawasan-kawasan yang dianggap sebagai “blind spot” di negeri itu.

Perkara itu dinyatakan oleh Panglima 21 Gerup Gerak Khas, Mejar Jeneral Nubli Hashim selepas menyaksikan Eksesais Gempur Bara Siri 1/2022 yang diadakan di Pulau Siamil, Sabah hari ini.

“Penglibatan pasukan khas ini penting, kerana konsep operasi mereka mampu mengawasi kawasan blind spot, yang tidak boleh dikawal secara dalam kumpulan besar.

“Mereka bergerak dalam kumpulan kecil dan berkeupayaan tinggi serta dapat diatur gerak dengan cepat,” katanya.

Menurut beliau, kekuatan pasukan khas ATM yang terdiri daripada pasukan elit tentera laut, udara dan darat ini, akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Komando

Pengumuman mengenai aturgerak pasukan khas ATM ke Sabah terutamanya kawasan “blind spot” di negeri itu berlaku kira-kira satu minggu selepas Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyataka bahawa anggota Komando Unit Tindakan Khas (UTK) akan dikerah ke kawasan pantai timur Sabah.

Ia adalah sebahagian daripada usaha Polis Diraja Malaysia untuk meningkatkan tahap keselamatan kawasan tersebut.

“Hal ini juga berikutan maklumat mengenai sub ketua kumpulan Abu Sayyaf yang juga pakar pembuat bom iaitu Mudzrimar atau Mundi Sawadjaan disahkan masih hidup, jadi kawalan akan diperketatkan.

“Pihak keselamatan akan sentiasa mendapatkan maklumat daripada Western Mindanao Command (J2 WESTMINCOM),” katanya Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman Datuk Hazani Ghazali di Kelantan baru-baru ini.

Selain mempunyai kepakaran dalam membuat bom, Muzdrimar yang juga anak saudara kepada pemimpin kanan Abu Sayyaf iaitu Hatib Hajan Sawadjaan, turut dikenal pasti sebagai perancang letupan beberapa insiden di Jolo, Filipina pada tahun 2020, termasuk insiden letupan bom di ‘The Our Lady Of Mount Carmel Cathedral Jolo’ yang mengorbankan kira-kira 20 orang.

UTK
Pakar bom Abu Sayyaf, Mudzrimar@Mundi Sawadjaan

 

Berdasarkan maklumat risikan, kali terakhir Mudzrimar dilihat adalah pada 10 Jan lepas di sebuah kawasan di Sulu ketika keluar mengambil makanan.

Bapa saudara Mudzrimar iaitu Hatib merupakan ketua kumpulan faksi kumpulan Abu Sayyaf yang menyokong perjuangan kumpulan pengganas, Islamic State (IS) atau Daesh.

Selain ancaman daripada Abu Sayyaf, terdapat juga ancaman daripada Royal Sulu Force (RSF).

Sementara itu, Komander Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) Brig Jen Abdul Karim Ahmad berkata pihaknya tidak gentar dengan sebarang ancaman daripada pihak luar

 Dalam pada itu, beliau berkata penambahan aset berteknologi tinggi seperti radar di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone), telah berjaya mengekang jenayah rentas sempadan termasuk cubaan pendatang haram menyelinap masuk ke Sabah.

Komando

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Pasukan tentera melalui ATB 2 telah menggagalkan lima percubaan masuk pendatang haram di Tawau, dengan 57 pendatang ditahan pada bulan lepas.

“Penempatan anggota dan penambahan peralatan teknologi tinggi membantu mengekang ancaman luar,” katanya.

Mengenai Eksesais Gempur Bara, Abdul Karim berkata latihan selama lima hari yang berakhir hari ini, membabitkan pasukan khas tentera serta VAT69 daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Katanya ia bertujuan menguji tahap kompetensi terhadap tugas dan peranan yang perlu dilaksanakan melibatkan semua elemen pasukan khas yang berada di bawah kawalan operasi ATB 2, yang sedang melaksanakan Op Pasir di pantai timur Sabah. — DSA

 

Comments
Loading...