Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kapal Friget TLDM, KD Lekiu Halang Pencerobohan Bot Asing

Menurut kenyataan TLDM, maklumat pengesanan telah disalurkan segera kepada Maritime Component Commander (MCC) Barat bagi tujuan pelaksanaan pembanterasan menerusi aturgerak KD LEKIU ke lokasi bot nelayan asing sebagaimana yang dilaporkan.

0 6,911

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kapal Friget KD Lekiu FFGH 30 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berjaya menghalang sebuah bot nelayan asing yang dipercayai cuba menceroboh masuk ke perairan negara bagi tujuan aktiviti penangkapan ikan secara tidak sah berhampiran perairan Pulau Perak pada Isnin, 4 April 2022.

Terdahulu, pesawat B200T (RMF 355) milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah berjaya mengesan kehadiran enam buah bot nelayan asing di tenggara Pulau Perak.

Menurut kenyataan TLDM, maklumat pengesanan telah disalurkan segera kepada Maritime Component Commander (MCC) Barat bagi tujuan pelaksanaan pembanterasan menerusi aturgerak KD LEKIU ke lokasi bot nelayan asing sebagaimana yang dilaporkan.

KD Lekiu
KD Lekiu

 

KD Lekiu mengesahkan kewujudan sebuah bot nelayan asing sedang cuba memasuki perairan negara di kedudukan kira-kira 72 batu nautika tenggara Pulau Perak.

Kapal friget TLDM itu telah berjaya memintas dan menghalang pergerakan bot nelayan asing tersebut dan seterusnya mengusirnya keluar dari perairan negara.

Lekiu
(TLDM)

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Baki lima buah bot nelayan asing dipercayai telah meninggalkan perairan negara lebih awal setelah menyedari kehadiran kapal TLDM itu.

ATM amnya tidak akan berkompromi dalam aktiviti yang melibatkan keselamatan dan ketidakpatuhan undang-undang negara.

TLDM bersama agensi penguatkuasa maritim yang lain akan sentiasa komited dan siap siaga melindungi perairan negara pada sebilang masa. — DSA

 

Comments
Loading...