Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Syarikat Israel Akan Bina Satelit Pengintip Untuk Vietnam

Portal itu mengatakan syarikat Israel itu berjaya mengalahkan beberapa syarikat antarabangsa ternama dalam bidang pembuatan satelit termasuk Thales Alenia Space,  Airbus Defence and Space dan Lockheed Martin.

0 800

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Syarikat pertahanan dan aeroangkasa Israel, “Israel Aerospace Industries” (IAI) dikatakan telah memenangi tender daripada kerajaan Vietnam untuk membina sebuah satelit pengintip (spy satellite) untuk negara Asia Tenggara itu, lapor portal Intelligence.com

Portal itu mengatakan syarikat Israel itu berjaya mengalahkan beberapa syarikat antarabangsa ternama dalam bidang pembuatan satelit termasuk Thales Alenia Space Airbus Defence and Space dan Lockheed Martin.

Selain kedua-dua syarikat antarabangsa itu, tender kerajaan Vietnam itu turut disertai oleh beberapa syarikat negara lain seperti Jepun, Amerika Syarikat dan Russia.

Vietnam dijangka membelanjakan lebih US$1 bilion (RM4.1 bilion) untuk membina satelit pengintip itu.

Satelit pengintip Vietnam itu atau “high-resolution imaging satellite” itu mempunyai kegunaan sivil dan ketenteraan, dengan pembinaannya dijangka mengambil masa selama beberapa tahun sebelum ia mula beroperasi.

IAI

 

Syarikat IAI dijangka menggunakan pengalamannya dalam membina 16 buah satelit pengintip Israel, “Ofek” (daripada Ofek-1 hingga ke Ofek-16) dalam menjayakan projeknya pembinaan satelitnya dengan kerajaan Vietnam.

IAI melancarkan satelit Ofek untuk tentera Israel itu daripada pangkalan udara Palmachim menggunakan roket “Shavit” dan kemungkinan besar satelit pengintip Vietnam itu juga akan dilancarkan daripada pangkalan tentera udara negara Yahudi itu menggunakan kenderaan pelancar yang sama.

Satelite pengintip Vietnam itu akan dikenali dengan nama “VNREDSat-2”, dan direkabentuk untuk mempunyai spesifikasi yang lebih canggih berbanding satelit pemerhatian bumi negara itu yang pertama iaitu “VNREDSat-1”, yang dilancarkan pada 2013.

Antaranya fungsi utama satelit pengintip “VNREDSat-2” milik Vietnam itu kelak apabila ia beroperasi adalah kemampuan melihat objek dan mengambil gambar sehingga tahap kurang daripada 1 meter (spatial resolution of the pixel reaches less than one metre)

Satelit baru itu mempunyai kestabilan yang lebih utuh bagi membolehkan ia mengambil imej/gambar yang lebih tepat.

Vietnam
Tentera Vietnam dengan senapang Galil keluaran syarikat Israel. (gambar kredit Reuters)

 

Jangka hayat operasi satelit itu di orbit adalah lebih 10 tahun.

Vietnam dan Israel mempunyai hubungan keselamatan dan pertahanan yang erat, dengan syarikat-syarikat pertahanan Israel merupakan antara pembekal sistem pertahanan yang utama kepada tentera negara Asia Tenggara itu.

Syarikat-syarikat pertahanan itu seperti Rafael dan Elbit telah lama bertapak di Vietnam, manakala IAI yang bakal membina satelit pengintip terbaru Vietnam turut membekalkan sistem dron “Heron-1” kepada tentera negara Asia Tenggara itu.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...