Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Eksesais Wira Helo Ganding EC 725 AP, AW139 Dan Kapal TLDM

Latihan ini dijayakan dengan kerjasama kapal TLDM dengan penglibatan kapal KD LEKIU dan dilaksanakan pada jarak 10 batu nautika dari Pulau Pangkor.

2,724

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah melaksanakan latihan bersepadu dalam Eksesais Wira Helo Siri 6/22. 

Eksesais yang telah diadakan pada pada 29 Jun 22 melibatkan penglibatan aset helikopter EC 725 AP dan AW 139. 

Latihan ini dijayakan dengan kerjasama kapal TLDM dengan penglibatan kapal KD LEKIU dan dilaksanakan pada jarak 10 batu nautika dari Pulau Pangkor.

Wira Helo

Helikopter EC 725 AP dan AW 139 telah membuat eksesais “Deck Landing Training” (DLT), “High Line Transfer” (HLT) di atas kapal KD LEKIU serta “photo interpreter” bagi tujuan tinjauan.

Melalui latihan sebegini, ia dapat menambahkan lagi pemahaman anak kapal aset-aset terlibat termasuk  anggota TLDM khususnya dalam membantu proses menyelamat menggunakan helikopter sekiranya terdapat kecederaan di atas kapal milik TLDM.

— maklumat dan gambar oleh Tentera Udara Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

TLDM

— DSA

Comments are closed.