Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Singapura Lancar Satelit Keselamatan

Satu daripada satelit yang dilancarkan pada Khamis itu oleh Singapura merupakan satelit yang dilengkapi dengan radar yang boleh mengambil gambar beresolusi tinggi walaupun  di waktu malam atau dalam keadaan cuaca yang buruk.

0 3,789

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kira-kira seminggu selepas Malaysia melancarkan satelit MEASAT-3d ke orbit, negara jiran selatan tanahair, Singapura pada Khamis (30 Jun) turut melancarkan satelit ke orbit, antaranya untuk tujuan keselamatan republik itu.

Dilancarkan daripada Pusat Angkasa Lepas Satish Dhawan di selatan India,  roket dinamakan “Polar Satellite Launch Vehicle” milik Indian Space Research Organisation (ISRO) itu bukan sahaja telah melancarkan satu satelit untuk Singapura tetapi tiga buah satelit milik republik itu.

Menurut akhbar Straits Times, setakat ini republik telah melancarkan 19 satelit ke orbit semenjak ia mula melancarkan satelit pada 2011, dengan kebanyakkan satelit itu adalah untuk kegunaan penyelidikan.

Himawari 8
Gambar Hiasan

 

Satu daripada satelit yang dilancarkan pada Khamis itu oleh Singapura merupakan satelit yang dilengkapi dengan radar menggunakan gelombang radio yang boleh mengambil gambar beresolusi tinggi walaupun  di waktu malam atau dalam keadaan cuaca yang buruk.

Satelit yang dipanggil “NeuSAR” itu dilengkapi dengan Synthetic Aperture Radar (SAR) bagi membolehkan ia mencerap pelbagai imej di bumi.

Dengan berat mencecah 160kg, satelit dengan keupayaan SAR itu mampu mengatasi kekangan daripada pelbagai keadaan seperti waktu malam, awan tebal, jerebu dan debu daripada letusan gunung berapi untuk mengambil gambar dengan ketepatan yang tinggi.

Satelit NeuSAR yang dilancarkan pada Khamis itu telah dibangunkan oleh DSO National Laboratories yang merupakan organisasi bertanggungjawab terhadap penyelidikan dan pembangunan pertahanan republik itu.

Satelit
Imej satelit

 

Ditubuhkan pada 1972, DSO dikatakan memiliki 1,200 saintis dan penyelidik.

Admin rasa ia sama DSO ini adalah seperti STRIDE di Malaysia.

Selain “NeuSAR”, Singapura turut melancarkan satelit seberat 360kg yang telah dibangunkan oleh DS-EO, yang merupakan entiti kerjasama di antara Defence Science and Technology Agency (DSTA) dan ST Engineering.

Sama seperti “NeuSAR”,  Satelit Pemerhati Bumi (Earth Observation Satellite) kerjasama di antara DSTA dan ST Engineering itu juga berkemampuan mengambil gambar beresolusi dan berkualiti tinggi bumi tetapi ia bergantung keadaan cuaca dan hanya pada waktu siang.

Satelit

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Ia boleh mengambil gambar berwarna berkenaan keadaan bentuk muka bumi bagi menghasilkan peta-peta yang tepat untuk keperluan misi-misi bantuan kemanusiaan.

Satu lagi satellite yang dilancar oleh Singapura telah dibangunkan oleh sebuah universiti di republik itu untuk kegunaan penyelidik-penyelidiknya.

Tujuan utama satelit dipanggil “Scoob-1” itu adalah untuk mengukur jumlah tenaga matahari yang sampai ke bumi. — DSA

 

Comments
Loading...