Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

(VIDEO) Pakistan Tonjol Kemampuan UCAV “Shahpar-II” Bedil Sasaran Dari 14 Ribu Kaki

Dalam demonstrasi itu di salah sebuah pangkalan tentera, UCAV “Shahpar II” yang dikategorikan sebagai dron Medium Altitude Long Endurance (MALE) telah membedil sasaran daripada ketinggian 14,000 kaki menggunakan peluru berpandu udara-ke-darat panduan laser "Burq" dibangunkannya  sendiri.

0 3,125
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Syarikat pertahanan Pakistan,Global Industrial & Defence Solutions (GIDS) telah mempertonton kemampuan yang dimiliki oleh varian terkini, Unmanned Combat Aerial Vehicle (UCAV) keluarannya “Shahpar II” membedil sasaran kepada delegasi pegawai-pegawai tinggi tentera daripada 11 buah negara sahabat.
Dalam demonstrasi yang diadakan di salah sebuah pangkalan tentera, UCAV “Shahpar II” dikategorikan sebagai dron Medium Altitude Long Endurance (MALE) telah membedil sasaran daripada ketinggian 14,000 kaki.
Ia menggunakan peluru berpandu udara-ke-darat panduan laser “Burq” dibangunkannya  sendiri.
“Shahpar-II” adalah UCAV keluaran Pakistan yang telah dinaiktaraf daripada UCAV “Shahpar-I” sebelum ini yang turut dihasilkan oleh GIDS.
UCAV keluaran syarikat GIDS Pakistan milik kerajaan Pakistan itu berkeupayaan terbang selama 20 jam bagi misi-misi pemantauan manakala selama 14 jam jika untuk misi-misi serangan.
Pegawai-pegawai tinggi syarikat pertahanan Pakistan itu mendakwa UCAV “Shahpar II” keluarannya itu adalah lebih berkeupayaan dan lebih kos kompetitif berbanding pesaingnya di pasaran termasuk Bayraktar TB2 keluaran syarikat Baykar Technology daripada Turkiye dan CH-4 yang dibangunkan oleh China.
Ia juga mendedahkan bahawa UCAV Shahpar II itu akan melakukan ujian-ujian penembakan senjata yang lain pada April ini melibatkan peluru berpandu udara-ke-darat panduan laser “Burq II” yang dilengkapi dengan kepala peledak seberat 20kg.
Kepala peledak yang lebih berat itu membolehkan UCAV “Shahpar II” membedil sasaran-sasaran yang lebih besar.
Selain itu, UCAV Shahpar II keluaran GIDS itu juga akan melakukan ujian pelancaran bom-bom pintar (precision guided munitions) pada April ini.
Antara negara-negara sahabat yang dijemput untuk menyaksikan demonstrasi penembakan dilakukan oleh UCAV “Shahpar II” adalah daripada Arab Saudi, Azerbaijan, Kenya, Nigeria dan Kenya.
UCAV “Shahpar II” keluaran GIDS itu turut dilengkapi dengan sistem komunikasi satelit SATCOM bagi membolehkan ia berkomunikasi dengan stesen kawalan darat pada jarak yang lebih jauh, selain melaksanakan misi-misi pemantauan dan serangan pada jarak yang maksimum.
Ia juga dilengkapi dengan peralatan Elektro-Optik ZUMR-2 HD EO Sensor.
UCAV keluaran syarikat Pakistan itu boleh terbang setinggi di antara 21,000 hingga 23,000 kaki dan kelajuan 220 km sejam.
Disetiap sayap UCAV “Shahpar-II” itu, ia berkemampuan membawa berat muatan pelbagai peluru berpandu dan bom dengan berat mencecah 60kg.
Selain dilengkapi dengan peluru-peluru berpandu keluaran GIDS sendiri, UCAV “Shahpar-II” itu juga boleh dilengkapi dengan peluru-peluru berpandu keluaran syarikat lain termasuk daripada Turkiye seperti MAM-C dan MAM-L. 
Shahpar-II ialah Kenderaan Udara Tempur Tanpa Pemandu (UCAV) yang dibangunkan oleh Global Industrial & Defence Solutions (GIDS) dari Pakistan. Berikut adalah spesifikasi teknikal utama Shahpar-II:

Shahpar-II

Ciri-ciri Umum:
  • Panjang: 8 meter
  • Lebar sayap: 9.45 meter
  • Berat lepas landas maksimum: 1,075 kg
  • Muatan: 53 kg dalaman, 190 kg luaran
Prestasi:
  • Kelajuan maksimum: 120 knot
  • Kelajuan pelayaran: 85 knot
  • Kelajuan stall: 63 knot
  • Daya tahan: 20 jam untuk misi pengawasan, 12 jam dalam keadaan bersenjata
  • Ketinggian operasi maksimum: 23,000 kaki untuk pengawasan, 21,000 kaki dalam keadaan bersenjata
Persenjataan:
  • keupayaan membawa peluru berpandu berpandukan laser seperti Burq
Avionik:
  • Sistem Zumr-II (EO/IR): Menara multi-sensor untuk pengawasan elektro-optik/inframerah
  • Sistem kawalan autonomi berasaskan GPS
  • Pautan data masa nyata (LoS): Jarak sehingga 300 km
  • Pautan data SATCOM: Jarak sehingga 1,500 km
Shahpar-II direka untuk berlepas dan mendarat secara autonomi di landasan atau menggunakan payung terjun.
Ia dilengkapi dengan gear pendaratan boleh ditarik balik dan keupayaan memulakan semula enjin di udara.
Selain itu, ia mampu membawa pelbagai muatan untuk misi pengawasan siang dan malam, termasuk sistem pengawasan elektro-optik/inframerah (EO/IR), radar bukaan sintetik (SAR), dan muatan komunikasi/inteligens (COMINT/ELINT). — DSA

Leave A Reply

Your email address will not be published.