Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

(VIDEO) UCAV “Bayraktar TB3” Cipta Rekod Penerbangan Berterusan 32 Jam, Jarak 5,700km

“Semasa penerbangan yang dilaksanakan di Akinci Flight Training and Test Center di Corlu, Tekirdag, UCAV 'Bayraktar TB3' itu secara berterusan berada di udara pada ketinggian 20,000 kaki selama 32 jam, ” menurut kenyataan oleh syarikat Baykar Technology.

0 1,947

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Varian terkini Unmanned Combat Aerial Vehicle (UCAV)  Turkiye, “Bayraktar TB3” yang bakal berkhidmat atas kapal pengangkut dron pertama dunia milik negara Mediterranean itu, TCG Anadolu telah berjaya melakukan penerbangan paling lamanya sehingga 32 jam.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat yang membangunkan UCAV itu, Baykar, penerbangan selama 32 jam membabitkan UCAV meliputi jarak sejauh 5,700km.

“Semasa penerbangan yang dilaksanakan di Akinci Flight Training and Test Center di Corlu, Tekirdag, UCAV Bayraktar TB3 itu berterusan berada di udara pada ketinggian 20,000 kaki selama 32 jam.”

“UCAV kebangsaan  itu berlepas menggunakan enjin PD-170 yang dibangunkan oleh syarikat tempatan, TUSAS Engine Industries (TEI),” kata Baykar sambil menambah bahawa ia adalah penerbangan ujian yang ke-13 dilakukan Bayraktar TB3.

Pada penerbangan ujian yang ke-12 sebelum ini, UCAV terbabit berada selama 12 jam.

UCAV STOL (Short Take-Off Landing) Bayraktar TB3 didedahkan pada awam buat pertama kalinya di Lapangan Terbang Ataturk di Istanbul ketika acara teknologi utama Turkiye, Teknofest yang diadakan pada April 27 hingga 1 Mei bersempena dengan sambutan ke -100 tahun Republik Turkiye.

UCAV terbaru Turkiye itu dilengkapi dengan enjin lebih berkuasa buatan industri pertahanan Turkiye dan dilengkapi dengan sistem pendaratan yang diperkukuhkan serta sayap boleh dilipat (foldable wings) bagi membolehkan ia beroperasi di kapal pengangkut dron.

Mengenai spesifikasi teknikal Bayraktar TB3 pula, ia mempunyai panjang sayap 14 meter manakala panjang badannya adalah 8 meter.

Maximum Take-off Weight (MTOW) UCAV itu adalah 1,450kg dan menggunakan enjin PD170 172-kuasa kuda, Bayraktar TB3 mempunyai kemampuan untuk terbang sejauh 2,000km dan tempoh operasi selama 24 jam tanpa henti.

Bayraktar TB3
Bayraktar TB3

 

Ia mempunyai enam hardpoint dibawah sayapnya bagi membolehkannya membawa pelbagai sistem persenjataan termasuk peluru berpandu pandu anti-kereta kebal, roket berpanduan laser serta bom-bom pintar.

Bayraktar TB3 yang merupakan dron STOL (Short Take-off and Landing) itu telah melakukan penerbangan sulungya di Corlu Flight Training and Test Center.

Selain menjalankan tugas-tugas serangan, UCAV Bayraktar TB3 itu juga berperanan sebagai aset Intelligence, Surveillance and Reconnaisance (ISR) dengan sistem komunikasi Beyond-Line-Of-Sight (BLOS) miliknya.

Selain beroperasi daripada kapal pengangkut pesawat, UCAV STOL itu juga berkemampuan beroperasi daripada landasan-landasan darat yang pendek (short runways) di mana-mana lokasi sama ada di bandar-bandar besar atau di kawasan pedalaman.

Kapal LHD TCG Anadolu itu sepatutnya mengoperasikan pesawat pejuang generasi kelima F-35B (VSTOL –Vertical Short Take Off and Landing) yang dimiliki oleh Turkiye.

Anadolu
TCG Anadolu

 

Namun disebabkan keputusan Turkiye untuk memiliki sistem pertahanan udara S-400 “Triumf” daripada Russia, maka Amerika Syarikat telah bertindak mengeluarkan Ankara daripada senarai negara pengguna pesawat F-35 itu.

Pengoperasian Bayraktar TB3 bersama-sama TCG Anadolu akan memberikan kelebihan maritim kepada Turkiye dalam usahanya untuk menjadi kuasa serantau dengan projeksi kuasa (power projection) melangkaui jauh daripada sempadannya.

Dilancarkan pada April lalu, kapal Amphibious Assault Ship TCG Anadolu adalah kapal terbesar dimiliki oleh Tentera Laut Turkiye dengan berat keseluruhan melebihi 27,000 tan dan dijangka akan turut membawa pesawat pejuang tanpa pemandu, “Kizilelma” yang juga dibangunkan oleh Baykar. — DSA

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

To advertise contact: lulwabyadah@gmail.com

Comments
Loading...