Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Program Peluru Berpandu Ballistik Pakistan Capai Kemajuan Dengan “Ababeel” MIRV

Pakistan merupakan negara pertama di Asia Selatan melaksanakan ujian pelancaran terhadap peluru berpandu ballistik  "Ababeel" yang dilengkapkan dengan keupayaan MIRV, mengatasi negara jiran dan “musuh ketatnya” India yang masih belum mencapai tahap kemajuan itu dalam program pembangunan peluru berpandu ballistiknya.

0 2,251

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada Oktober tahun lepas, tentera Pakistan telah melancarkan ujian pelancaran kedua pelurun berpandu ballistik jarak sederhana “Ababeel” yang dibangunkan untuk membawa Multiple Independently Targetable Re-Entry Vehicle (MIRV).

Pakistan merupakan negara pertama di Asia Selatan melaksanakan ujian pelancaran terhadap peluru berpandu ballistik  “Ababeel” yang dilengkapkan dengan keupayaan MIRV, mengatasi negara jiran dan “musuh ketatnya” India yang masih belum mencapai tahap kemajuan itu dalam program pembangunan peluru berpandu ballistiknya.

Peluru berpandu ballistik jarak sederhana “Ababeel” berkeupayaan MIRV itu mampu membedil sasaran sejauh 2,200km.

Ujian pelancaran peluru berpandu ballistik jarak sederhana dengan kemampuan MIRV itu juga menunjukkan bahawa Pakistan terus-menerus mencapai kemajuan dalam untuk memiliki kemampuan untuk “menembusi” sistem pertahanan peluru berpandu ballistik India.

Peluru berpandu ballistik jarak sederhana “Ababeel” itu masih diperingkat pembangunan.

Ababeel
“Ababeel”

 

Pada ketika ini, India memiliki program pertahanan udara anti-ballistik menerusi perolehan sistem pertahanan udara S-400 “Triumf” buatan Russia pada 2018, yang sememangnya bertujuan untuk menangani peluru-peluru berpandu daripada Pakistan.

India dilaporkan sudah pun menerima penghantaran tiga bateri sistem pertahanan udara itu dan dijangka menerima dua bateri lagi pada 2025.

Dua daripada sistem pertahanan udara anti-ballistik S-400 buatan Russia itu telah pun ditempatkan di pangkalan udara berhampiran dengan sempadan India-Pakistan di wilayah Punjab.

Pakistan memiliki dua jenis peluru berpandu ballistik jarak sederhana pada ketika ini iaitu “Ababeel” dan “Shaheen-III”, tetapi hanya peluru berpandu ballistik “Ababeel” yang diketahui dilengkapi dengan kemampuan MIRV.

Sebab itulah, segala tahap pembangunan peluru berpandu ballistik “Ababeel” itu diperhati dengan penuh minat oleh pelbagai pihak terutamanya negara-negara jiran seperti India dan Iran.

Ababeel
Peluru berpandu ballistik “Shaheen-III”

 

Apakah itu MIRV?

MIRV adalah merupakan muatan membawa beberapa kepala peledak thermonuklear yang berkemampuan membedil sasaran pada masa serentak.

Pada ketika hanya beberapa negara di dunia yang memiliki peluru-peluru berpandu ballistik yang mempunyai keupayaan MIRV seperti Russia, Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis dan China, manakala Israel juga dipercayai memiliki atau sedang membangunkan peluru berpandu ballistik dengan kemampuan MIRV.

Sekiranya peluru berpandu ballistik jarak sederhana “Ababeel” milik Pakistan itu berjaya dalam pembangunan seterusnya, maka ia akan menyertai sekumpulan kecil negara-negara di dunia yang memiliki kemampuan MIRV itu.

Ujian pelancaran peluru berpandu ballistik jarak sederhana “Ababeel” berkeupayaan MIRV itu Oktober tahun lepas itu dilaksanakan di banjaran pergunungan Sakhi Sarwar yang terletak di wilayah Punjab.

Ababeel
“Shaheen-III”

 

Pihak Pakistan dikatakan telah mengemukan tujuh NOTAM (Notice to Air Missions)  sebelum ujian pelancaran itu untuk mematuhi Artikel 3 Perjanjian India-Pakistan 2005 berkenaan pemberitahuan sebelum melaksanakan ujian pelancaran peluru berpandu ballistik.

Sama seperti Pakistan, seteru ketatnya India turut berusaha untuk membangunkan keupayaan MIRV-nya tersendiri.

New Delhi dilaporkan sedang membangunkan peluru berpandu ballistik antara benua (Inter Continental Ballistic Missile – ICBM) “Agni”, tetapi ia belum lagi mencapai tahap ujian pelancaran sebagaimana yang dicapai oleh Pakistan menerusi “Ababeel.” — DSA

To contact email: lulwabyadah@gmail.com  

Comments
Loading...