Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Turkiye, Pakistan Kerjasama Pembangunan Peluru Berpandu Udara-ke-Udara Jarak Jauh (BVRAAM)

Pada ketika ini, syarikat-syarikat GIDS daripada Pakistan dan TUBITAK SAGE sedang membangunkan peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh masing-masing, dengan GIDS membangunkan “FAAZ-2” manakala TUBITAK SAGE pula membangunkan “GOKDOGAN”.

0 915

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Angkatan Tentera Pakistan dan Angkatan Tentera Turkiye mengumumkan bahawa mereka akan bekerjasama dalam teknologi peluru berpandu udara-ke-udara terutamanya melibatkan peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh atau “Beyond Visual Range Air-to-Air Missile (BVRAAM).

Pengumuman itu dibuat ketika Timbalan Ketua Staf Angkatan Tentera Turkiye Jeneral Irfan Yossert dan delegasinya melawat Pusat Pemerintahan Tentera Udara Pakistan dan bertemu dengan Panglima Tentera Udara Pakistan Marsyal Zahir Ahmed Baber Sidhu.

Kedua-dua mereka bersetuju untuk meluaskan kerjasama pertahanan sedia ada terutamanya melibatkan peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh (BVRAAM).

Kerjasama di antara Turkiye dan Pakistan berkenaan teknologi peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh itu akan tertumpu kepada dua syarikat iaitu, TUBITAK SAGE daripada Turkiye dan juga GIDS daripada Pakistan.

Pada ketika ini, kedua-dua syarikat pertahanan terbabit sedang membangunkan peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh masing-masing, dengan GIDS sedang membangunkan peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh “FAAZ-2” manakala TUBITAK SAGE pula sedang membangunkan peluru berpandu “GOKDOGAN”.

BVRAAM
“GOKDOGAN” BVRAAM

 

Laporan media daripada kedua-dua negara itu menyatakan bahawa di bawah payung kerjasama pembangunan peluru berpandu udara-ke-udara akan menyaksikan kedua-dua negara menggabungkan kerjasama berkenaan peluru berpandu itu.

Peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh “GOKDOGAN” yang sedang dibangunkan oleh firma Turkiye itu bertujuan untuk bersaing dengan peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh dibangunkan oleh Amerika Syarikat, AIM-120 AMRAAM.

Dilengkapi dengan Active Radar Seeker, peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh “GOKDOGAN” memberikan kemampuan yang diluar daripada kebiasaan seperti ia mampu mengesan pelbagai sasaran dan membedil daripada kesemua arah.

Peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh “GOKDOGAN” itu direkabentuk untuk kalis kepada segala gangguan elektronik dan memastikan punca kepada gangguan itu menjadi sasaran pula.

Peluru berpandu udara-ke-udara kebanggaan industri pertahanan Turkiye itu berkemampuan membedil sasaran udara sejauh 65km.

BVRAAM
“FAAZ-2″BVRAAM
BVRAAM
Pesawat pejuang F-16C Turkiye dengan peluru berpandu “GOKDOGAN” BVRAAM dan BOZDOGAN WVRAAM

 

Sementara itu, peluru berpandu udara-ke-udara jauh “FAAZ-2” yang sedang dibangunkan oleh GIDS dilaporkan diinspirasikan oleh peluru berpandu udara-ke-udara “R-27” buatan Russia dan juga “MICA” yang dibangunkan oleh firma pertahanan MBDA.

Peluru berpandu udara-ke-udara “FAAZ-2” itu berkemampuan membedil sasaran sejauh 180km manakala bagi peluru berpandu udara-ke-udara “FAAZ-1” pula mempunyai jarak sasaran sejauh 100km.

Peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh “FAAZ-2” itu bakal diintergrasikan dengan pesawat pejuang JF-17 “Thunder” yang dibangunkan oleh Pakistan dan China.

 Pihak GIDS daripada Pakistan itu juga dilapor bakal membangunkan sistem pertahanan udara darat (ground-based air defence system) berdasarkan kepada peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh “FAAZ-2”. — DSA

Notis

Comments
Loading...