[VIDEO] Ibu Negara Israel, Tel Aviv Jadi Sasaran Bedilan 130 Roket Pejuang Palestin
Pejuang-pejuang Palestin mengatakan ia telah melancarkan kira-kira 130 roket ke bandar-bandar tengah Israel termasuk Tel Aviv
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Bandar-bandar di tengah Israel termasuk ibu negara Tel Aviv menjadi sasaran serangan roket-roket oleh pejuang Palestin malam ini dalam apa yang disifatkan sebagai tindakan yang bakal memarakkan lagi konflik antara kedua-dua pihak.
Pejuang-pejuang Palestin mengatakan ia telah melancarkan kira-kira 130 roket ke bandar-bandar tengah Israel termasuk Tel Aviv yang tidak pernah berlaku dalam konflik Israel-Palestin sebelum ini.
Sebelum ini serangan roket oleh pejuang-pejuang Palestin hanya tertumpu kepada bandar-bandar di sempadan Gaza-Israel.
Kemampuan pejuang-pejuang Palestin menghujani ratusan roket ke bandar-bandar tengah Israel termasuk Tel Aviv juga menunjukkan peningkatan kemampuan pejuang-pejuang Palestin untuk melancarkan serangan jauh di dalam Israel.
Serangan roket di Tel Aviv juga telah memaksa pihak Israel untuk menutup operasi Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion dan manakala murid-murid dilarang ke sekolah esok kerana ia ditutup.
Penerbangan berlepas dan mendarat di lapangan terbang utama Israel itu telah dihala ke Cyprus.
Sementara itu laporan juga mengatakan seorang wanita Israel terbunuh dalam serangan roket di Rishion Lezion, tengah Israel yang turut mencederakan beberapa yang lain.
Di bandar Holon berhampiran Tel Aviv dan Givayatim, lapan cedera akibat serangan roket manakala petang tadi hospital Israel mengatakan dua orang penduduk Yahudi terbunuh akibat serangan roket terhadap bandar-bandar di sempadan Gaza-Israel.
Kemudahan tangki minyak di Ashkelon milik Eilat-Askelon Paip Minyak juga terbakar pada ketika ini akibat terkena serangan roket oleh pejuang Palestin.
Pada ketika ini, tangki minyak itu masih lagi belum dapat dipadamkan.
Sementara itu tentera Israel telah memberi amaran kepada penduduk Palestin yang tinggal di beberapa bangunan tinggi di Gaza supaya mengosongkan bangunan itu kerana ia bakal dijadikan sasaran oleh serangan udara tentera Israel.
Ia selepas serangan Israel memusnahkan bangunan setinggi 13 tingkat dikenali nama Hanadi Tower di Gaza yang dipercayai digunakan oleh Hamas.
Setakat ini serangan-serangan udara tentera Israel di Gaza telah mengorbankan 28 orang penduduk Palestin termasuk sembilan orang kanak-kanak.
Comments are closed.