Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Bangladesh Bidas Amaran China Tentang Penyertaannya Dalam Kerjasama “Quad”

“Kami adalah negara yang bebas dan berdaulat. Kita menentukan sendiri dasar hubungan luar Bangladesh,” kata Menteri Luar Bangladesh Dr AK Abdul Momen ketika ditanya mengenai amaran oleh Beijing itu.

0 1,535

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Bangladesh telah mengeluarkan kenyataan yang keras terhadap China berhubung amaran Beijing supaya Dhaka membatalkan sebarang niat untuk menyertai kerjasama pertahanan diketuai oleh Amerika Syarikat, “Quadrilateral Security Dialogue” atau Quad.

“Kami adalah negara yang bebas dan berdaulat. Kita menentukan sendiri dasar hubungan luar Bangladesh,” kata Menteri Luar Bangladesh Dr AK Abdul Momen ketika ditanya mengenai amaran oleh Beijing itu.

Amaran oleh China itu telah disuarakan oleh duta besarnya ke Bangladesh Li Jiming.

Berkata dalam satu mesyuarat anjuran Persatuan Koresponden Diplomatik Bangladesh, beliau menyatakan  penyertaan Dhaka dalam kerjasama pertahanan yang juga digelarnya “Kelab Anti-China” atau “NATO Asia” akan menjejaskan hubungan diplomatik di antara Bangladesh dan China.

“Semestinya ia bukanlah satu idea yang baik untuk Bangladesh menyertai kumpulan yang kecil itu empat negara itu kerana ia akan merosakkan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara,” kata Jiming.

Bangladeh
Empat negara anggota Quad.

 

Beliau juga menggambarkan bahaw ia adalah kerjasama pertahanan empat negara itu sebagai klik geo-politik yang sempit dan tidak membawa sebarang faedah kecuali meluaskan hegemoni sebuah kuasa besar, merujuk kepada Amerika Syarikat.

Selain Amerika Syarikat, negara-negara yang menganggotai Quad adalah Australia, Jepun dan India.

Quad telah ditubuhkan pada 2007 tetapi hanya bergerak aktif kebelakangan ini bagi menangani sikap agresif China Indo-Pasifik termasuk mendakwa sebahagian besar daripada Laut China Selatan adalah miliknya.

Mesyuarat pertama Quad telah diadakan secara virtual pada Mac lepas yang dianjurkan oleh Presiden Amerika Syarikat Jo Biden dan disertai oleh Perdana Menteri Australia Scott Morrison, Perdana Menteri Jepun Yoshide Suga dan Perdana Menteri India Narendra Modi.

Sementara itu menurut duta besar China ke Bangladesh itu, mesej supaya Bangladesh tidak menyertai Quad itu juga telah disampaikan kepada Perdana Menteri negara Asia Selatan itu, Sheikh Hasina oleh Menteri Pertahanan China Wei Fenghe ketika beliau melawat Dhaka April lepas.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...