Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

UAE Bakal Bayar US$2 Bilion Untuk Peroleh 120 “Bayraktar TB2”

Dron (Unmanned Combat Aerial Vehicle – UCAV) "Bayraktar TB2" menjadi nama yang disebut-sebut seluruh dunia selepas ia menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dalam beberapa konflik terkini seperti di Libya, Nagorno-Karabakh dan Ukraine.

1,988

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Emiriah Arab Bersatu (UAE) bakal membelanjakan kira-kira US$2 bilion (RM8 bilion) sekirannya rundingan negara Arab Teluk itu dengan Turki untuk memperolehi 120 buah dron “Bayraktar TB2” dan pelbagai komponen sokongan lain itu berjaya.

Perolehan itu bukan hanya 120 buah dron Bayraktar TB2 tetapi juga meliputi sistem persenjataan, pusat kawalan dan pemerintah serta latihan untuk mengendalikan dron-dron yang dibangunkan oleh syarikat Baykar Technology.

Sumber-sumber mengatakan harga sebuah dron buatan Turki itu adalah sekitar US$5 juta (tidak termasuk sistem persenjataan).

Bayraktar

Laporan media tempatan di Turki dan UAE menyebut bahawa rundingan di antara kedua-dua pihak iaitu Baykar dan agensi perolehan senjata negara Teluk itu, Tawazun bagi merealisasikan perolehan 120 buah dron itu telah berjalan sejak Mac lepas.

Jika rundingan di antara kedua-dua pihak itu berjaya, sebahagian daripada komponen dron tersebut akan dihasilkan di UAE.

Kedua-dua negara sedang berusaha untuk meningkatkan hubungan bilateral di antara mereka, terutamanya selepas lawatan Presiden UAE Sheikh Mohammed bin Zayed Al Nahyan ke Ankara pada November tahun lepas.

Presiden Turki Recep Tayyep Erdogan membalas lawatan pemimpin UAE itu dengan mengadakan kunjungan rasmi ke negara Teluk itu pada pertengahan Februari lepas.

Hubungan di antara Ankara dan Abu Dhabi kembali bertaut dan rapat selepas beberapa tahun rengang akibat beberapa isu.

Bayraktar TB2
Kesan serangan oleh Bayraktar TB2

 

Dron (Unmanned Combat Aerial Vehicle – UCAV) Bayraktar TB2 menjadi nama yang disebut-sebut seluruh dunia selepas ia tmenunjukkan prestasi yang memberangsangkan dalam beberapa konflik terkini seperti di Libya, Nagorno-Karabakh dan Ukraine.

Tidak dapat disangkal lagi bahawa dron Bayraktar TB2 merupakan produk industri pertahanan utama Turki pada ketika ini.

Setakat ini syarikat Baykar Technology telah menandatangani perjanjian untuk menjual dron Bayraktar TB2 kepada 24 buah negara di seluruh dunia.

Bayraktar TB2

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE  

 

Menurut ketua pegawai eksekutif Baykar, Haluk Bayraktar, disebabkan permintaan yang tinggi daripada seluruh dunia untuk membeli “Bayraktar TB2 itu, senarai menunggu (waiting list) untuk membeli dron buatan Turki itu kini adalah selama tiga tahun.

Pada ketika ini, kemudahan yang dimiliki oleh syarikat Baykar mampu untuk menghasilkan kira-kira 200 buah Bayraktar TB2 di dalam setahun.

Ia merancang untuk meningkatkan kemampuan produksinya untuk menghasilkan 500 buah Bayraktar TB2 setahun.– DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

Comments are closed.