Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Bangladesh Muncul Pelanggan Baru UCAV “Bayraktar TB2”

Bayraktar TB2 adalah UCAV jarak sederhana yang fungsi utamanya adalah untuk menjalankan misi-misi Intelligence, Surveillance dan Reconnaissance (ISR) termasuk perolehan sasaran (target acquisition) dan misi-misi serangan.

0 1,534

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Bangladesh dilaporkan sedang di dalam proses untuk memperolehi sistem pesawat kombat tanpa pemandu-jarak sederhana (UCAV-Medium Altitude Long Endurance) “Bayraktar TB2” keluaran Turki yang terbukti berkesan dalam beberapa konflik antarabangsa kebelakangan ini termasuk di Ukraine.

Pengarah Bahagian Perhubungan Awam Angkatan Tentera Bangladesh Lt Kolonel Abdullah ibn Zayed mengesahkan bahawa proses perolehan Bayraktar TB2 keluaran syarikat Baykar itu sedang berjalan sekarang ini.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan bilangan pesawat tanpa pemandu itu yang akan diperolehi oleh angkatan tentera negara itu serta bila akan akan dihantar.

Bayraktar TB2
Presiden Turki Recep Tayyep Erdogan bersama UCAV Bayraktar TB2.

 

Duta Turki ke Bangladesh Mustafa Osman Tufan juga dilaporkan oleh media Turki sebagai mengesahkan bahawa negara Asia Selatan itu merupakan pelanggan pesawat tanpa pemandu keluaran negara itu yang terbaru.

Tahun lepas, duta Bangladesh ke Turki Masud Manan menyatakan kepada agensi berita Anadolu bahawa negara sedang mempertimbangkan untuk mendapatkan Bayraktar TB2 untuk angkatan tentera negara itu.

Sama seperti Malaysia, Bangladesh merupakan antara pelanggan sistem pertahanan keluaran syarikat-syarikat Turki daripada kenderaan-kenderaan berperisai dan sistem pelancar roket sebagai sebahagian daripada kerjasama ketenteraan di antara kedua-dua negara Islam.

Cuma Malaysia mengambil masa yang panjang untuk mengumumkan pemenang tender sistem pesawat tanpa pemandu-MALE walaupun Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengatakan bahawa perolehan itu kini berada di peringkat akhir.

Kemungkinannya, pemenang akan hanya diumumkan pada pameran LIMA tahun depan.

Bayraktar TB2
Ketepatan serangan oleh UCAV Bayraktar TB2

 

Bayraktar TB2 mula memasuki perkhidmatan pasukan keselamatan Turki pada 2014, mula-mula sebagai UAV sebelum diintergrasikan dengan sistem persenjataan bagi menjadikannya UCAV (Unmanned Combat Aerial Vehicle).

Bayraktar TB2 adalah UCAV jarak sederhana yang fungsi utamanya adalah untuk menjalankan misi-misi Intelligence, Surveillance dan Reconnaissance (ISR) termasuk perolehan sasaran (target acquisition) dan misi-misi serangan.

Ia memiliki panjang keseluruhan 6.5 meter, ketinggian  2.2 meter dan panjang sayapnya 12 meter.

UCAV keluaran syarikat Baykar itu berkemampuan membawa bebanan maksimum sebanyak 150 kg termasuk 85 kg simpanan luar (external payload).

Ia mampu berada di udara selama 27 jam dengan maximum take-off weight 700kg, selain berkeupayaan mencapai kelajuan 120 knot serta terbang setinggi 5, 486 meter.

Bayraktar TB2
UAV Bayraktar TB2 buatan syarikat Baykar Makina daripada Turki telah menunjukkan kemampuannya di Nagorno Karabakh.

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

The UCAV has a maximum speed of 120 kt and an operating altitude of 5,486 m.

Bebanan yang mampu dibawa oleh Bayraktar TB2 termasuk pelbagai sistem penderia seperti alatan Electro Optics/Infra Red module bersama-sama laser pointers, designators, rangefinders dan radar Active Electronically Scanned Array (AESA).

Ia juga mempunyai empat underwing hardpoints yang boleh membawa empat buat peluru berpandu mikro “MAM-L/MAM-C” untuk misi-misi serangan tepat terhadap aset dan kedudukan musuh.

UCAV Bayraktar TB2 juga menggunakan Baykar Real Time Imagery Transmission System (BGAM) untuk memproses imej beresolusi tinggi dan tepat pada masa. — DSA

 

 

Comments
Loading...