Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

“Kami Tidak Akan Jual Dron Pada India” – Syarikat Pembuat Dron Bayraktar TB2

Ketua pegawai eksekutif Baykar Technology Haluk Bayraktar berkata syarikat Turki itu hanya menjual dron-dron yang dibangunkannya seperti "Bayraktar TB2" kepada “negara-negara bersaudara”.

0 23,824

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Syarikat pembuat dron Turki, Baykar Technology yang bertanggungjawab membangunkan dron “Bayraktar TB2” menyatakan dengan jelas bahawa ia tidak akan menjual dron terbabit kepada India.

Ini kerana menurut ketua pegawai eksekutifnya Haluk Bayraktar, syarikat itu hanya menjual dron-dron dibangunkannya kepada “negara-negara bersaudara”.

India sebagaimana yang ditakrifkan oleh syarikat pembuat dron Turki itu, tidak termasuk dalam senarai “negara saudara” Turki.

Bayraktar TB2

“Sebagai prinsip syarikat, kami menentang dasar mengambil keuntungan daripada peperangan atau menjual senjata kepada kedua-dua pihak yang bertelagah di dalam konflik itu.”

“Keutamaan kami adalah berkongsi kemampuan kami dengan ‘negara-negara bersaudara’ di mana kami (Turki) mempunyai hubungan strategik, sahabat, sekutu dan negara-negara anggota NATO. Negara-negara seperti Azerbaijan, Pakistan dan Ukraine adalah keutamaan kami,” kata beliau.

Sejak tahun 1947, India dan Pakistan telah terlibat dalam beberapa siri peperangan.

Hubungan di antara kedua-dua negara berjiran yang memiliki senjata nuklear tetap tegang dengan India-Pakistan masih bertelagah tentang isu Kashmir.

Kedua-dua negara masih meletakkan puluhan ribu anggota tentera di sempadan masing-masing.

Bayraktar TB2

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE 

 

Terdapat spekulasi sejak awal tahun ini bahawa Pakistan berminat untuk memperolehi dron Bayraktar TB2 sejak kunjungan pegawai-pegawai tinggi daripada Tentera Pakistan ke kemudahan milik syarikat Baykar Technology pada tahun lepas.

Pada April lepas, imej satelit yang dikongsi oleh penganalisis imej perisikan Damien Symons menunjukkan kehadiran dron Bayraktar TB2 di Pangkalan Tentera Udara Pakistan di Murid.

Pakistan sememangnya diketahui mengoperasi dron-dron buatan China tetapi negara itu berkemungkinan mahu mencari alternatif berikutan prestasi buruk dan masalah teknikal dihadapi oleh dron buatan China itu.

Dron Bayraktar TB2 telah menunjukkan prestasi yang baik pada beberapa konflik apabila ia digunakan oleh tentera Azerbaijan pada konflik di Nagorno-Karabakh dan kini di Ukraine.

Dron Bayraktar TB2 telah memainkan peranan yang penting dalam misi untuk menenggelamkan kapal perang Russia, Moskva

Bayraktar TB2
Imej satelit menunjukkan kehadiran dron Bayraktar TB2 di Pangkalan Udara Pakistan di Murid.

  

Disebabkan eksploitasinya di beberapa konflik, jualan dron Bayraktar TB2 melonjak dengan Baykar Technology mendedahkan bahawa mana-mana pihak yang mahu mendapatkan dron itu perlu menunggu sekurang-kurangnya tiga tahun untuk mendapatkannya.

Senarai menunggu dron Bayraktar TB2 adalah amat panjang.

Haluk berkata, jika mana-mana pihak mahu memenangi peperangan mereka perlu memiliki dron.

Dron kini telah menjadi kemampuan yang mesti dimiliki oleh semua negara. — DSA

 

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

Comments
Loading...