Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

“Bayraktar TB2” Tunjuk Taring di Nagorno-Karabakh

0 713

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Konflik di antara Azerbaijan dan Armenia mengenai wilayah dipertikai, Nagorno-Karabakh telah sekali lagi  menonjolkan kemampuan pesawat tanpa pemandu (UAV) Turki, Bayraktar TB2.

UAV Bayraktar TB2 sebagaimana yang kita dan dunia pertahanan telah tahun telah menunjukkan kemampuan yang amat baik ketika beroperasi di Syria dan Libya, memusnahkan aset-aset ketenteraan terutama yang dimiliki oleh Russia.

Erdogan
Presiden Turki bersama UAV Bayraktar TB2. (kredit internet)

Antara aset tentera Russia yang berjaya dimusnahkan oleh UAV Bayraktar dan Anka adalah sistem pertahanan udara “Pantsir S-1”.

Media melaporkan sehingga 23 sistem Pantsir S-1 milik Russia berjaya dimusnahkan oleh UAV Turki di Syria dan Russia.

Kemampuannya memusnahkan pelbagai aset tentera Russia serta menyekat kemaraan tentera puak Jeneral Khalifa Haftar di Libya telah menerima liputan meluas daripada media-media pertahanan dunia.

Ia adalah publisiti yang amat baik bagi industri pertahanan Turki.

Kini selepas beraksi dengan baik di Syria dan Libya, UAV terbabit kini dikerah pula di Nagorno-Karabakh oleh tentera Azerbaijan yang merupakan di antara pelanggan terbarunya.

Semalam, Kementerian Pertahanan Azerbaijan telah mengeluarkan beberapa siri video menunjukkan keberkesanan Bayraktar TB2 di dalam memusnahkan aset-aset tentera milik Armenia di wilayah bergolak itu.

Bayraktar

Antara aset tentera Armenia yang berjaya dimusnahkan oleh pesawat tanpa pemandu kebanggaan Turki adalah sistem pertahanan udara “OSA” atau designasi NATO dipanggil SA-8 “Gecko.”

Menurut laporan media Turki, Menteri Pertahanan Azerbaijan Zakir Hasanov mengumumkan bahawa negara itu berminat mendapatkan sistem UAV Turki dan usaha kearah perolehan itu sedang berjalan.

Media pertahanan menjangkakan berkemungkinan Azerbaijan mendapatkan 12 buah Bayraktar untuk angkatan tenteranya dan pelbagai sistem lain yang diperbuat oleh sistem pertahanan Turki.

UAV Bayraktar TB2 merupakan keluaran syarikat Baykar Makina yang dimiliki oleh Selcuk Bayraktar, yang juga adalah menantu Presiden Turki Recep Tayyep Erdogan.

Selcuk
Selcuk Bayraktar adalah orang yang dibelakang syarikat Makina Baykar yang membina UAV “Bayraktar TB2”. (kredit internet)

UAV Bayraktar itu mampu terbang setinggi 7,300 meter dan berada di udara lebih 24 jam.

Ia juga dilengkapi dengan pelbagai kamera dan penderia moden serta mampu membawa pelbagai bom dan peluru berpandu panduan laser, menjadikannya amat effektif dengan sasaran di darat.

UAV Bayraktar mula dibangunkan seawal 2007 dan angkatan tentera Turki telah secara rasmi menggunakannya pada 2016.

Admin harap, Malaysia pun akan menjadi pelanggan sistem UAV Turki sama ada TAI Anka atau Bayraktar TB2.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...