Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

M’sia-AS Bincang “Usaha-Usaha Spesifik” Untuk Tingkat Keupayaan TUDM

Malaysia dan Amerika Syarikat berbincang tentang "usaha-usaha spesifik" untuk meningkatkan keupayaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

7,939

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Menteri Pertahanan mengesahkan bahawa terdapat perbincangan di antara Malaysia dan Amerika Syarikat tentang “usaha-usaha spesifik” untuk memperkasakan Tentera Udara Diraja Malaysia.

Hishammuddin berkata di dalam posting media sosialnya hari ini bahawa “usaha-usaha spesifik” itu dibincangkan dalam perbualan telefon bersama Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd J. Austin III semalam.

“Namun menerusi perbualan telefon bersama Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd J. Austin III semalam, kami senada masih ada ruang untuk perkasakan lagi kerjasama ini. Antaranya menerusi Building Partner Capacity (BPC) Programme…”

Hornet
Pesawat F/A-18D Hornet TUDM (credit to the owner of the pix)

 

“… dan kami turut bincang secara spesifik usahasama ke arah meningkatkan lagi keupayaan Tentera Udara Diraja Malaysia,” katanya, tetapi tidak menjelaskan dengan lebih lanjut tentang apa yang dimaksudkannya tentang “usaha-usaha spesifik” di antara Malaysia dan Amerika Syarikat untuk memperkasa TUDM.

Dalam perbualan telefon dengan Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd J. Austin III semalam, Hishammuddin juga berkata, kedua-dua mereka senada masih terdapat ruang untuk perkasakan lagi kerjasama terbabit menerusi ‘Building Partner Capacity’.

 “Kerjasama pertahanan Malaysia-AS kini pada tahap amat kukuh. Baru-baru ini sahaja AS menyumbang peralatan perubatan kepada Kor Kesihatan Diraja bernilai US$3 juta,” katanya.

Hishammuddin berkata secara keseluruhannya AS telah menyumbang lebih US$200 juta untuk tingkat keupayaan pertahanan Malaysia. 

 “KD Lekir (Kapal Diraja) juga baru pulang selepas diberi penghormatan sertai #RIMPAC2022 (the Rim of the Pacific Exercise) di Hawaii,” katanya.

KD Lekir
Kapal korvet TLDM, KD Lekir semasa Eks Taming Sari di Selat Melaka baru-baru ini. (TLDM)

 

 Menerusi perbualan telefon itu juga, Hishammuddin berkata mereka mengambil peluang bertukar pandangan mengenai isu keselamatan semasa termasuk perihal Laut China Selatan dan konflik Ukraine-Rusia. 

 “Sebelum mengakhiri perbualan, saya menjemput beliau ke #LIMA2023 (Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi) tahun hadapan termasuk penglibatan U.S. Navy Blue Angels,” katanya.

Skuadron Demonstrasi Penerbangan Tentera Laut, atau lebih popular dengan nama Blue Angels merupakan sebuah pasukan aerobatik udara milik Tentera Laut Amerika Syarikat. 
Blue Angels telah membuat pertunjukkan buat pertama kalinya pada tahun 1946[1] dan secara rasmi merupakan pasukan demonstrasi udara tentera pertama di dunia.
Apps

 

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Blue Angels
U.S Navy Blue Angels
Skuadron yang mengandungi enam juruterbang demonstrasi ini menerbangkan pesawat Boeing F/A-18 Hornet dalam lebih 70 pertunjukkan udara di lebih 34 lokasi di serata Amerika Syarikat pada setiap tahun, di mana mereka masih menggunakan praktik dan teknik sama yang digunakan di pertunjukkan udara sejak tahun 1946.
Sejak penubuhan mereka, “Blues” telah menerbangkan pelbagai jenis pesawat yang berbeza untuk lebih daripada 427 juta penonton di seluruh dunia.

 

Skuadron Demonstrasi Penerbangan Tentera Laut “Blue Angels” itu juga pernah hadir pada pertunjukan LIMA di Pulau Langkawi tidak lama dahulu. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

Comments are closed.