Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Pesawat F-35A Milik Korea Selatan Hadapi “Masalah”

Pada 4 Oktober lepas, anggota parlimen negara itu mengatakan bahawa pesawat F-35A Korea Selatan dikategorikan sebagai "tidak bersedia" untuk beroperasi sebanyak 234 kali di dalam tempoh 18 bulan berakhir bulan Jun lepas.

0 1,845

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pesawat-pesawat F-35A Block 3 yang dimiliki oleh Tentera Udara Korea Selatan didakwa berhadapan dengan masalah penyelenggaran yang serius sehingga menyebabkan ia gagal beroperasi untuk suatu tempoh, sebagaimana didedahkan oleh anggota parlimen negara itu.

Pada 4 Oktober lepas, anggota parlimen negara itu mengatakan bahawa pesawat F-35A Korea Selatan dikategorikan sebagai “tidak bersedia” untuk beroperasi sebanyak 234 kali di dalam tempoh 18 bulan berakhir bulan Jun lepas.

Anggota parlimen itu Shin Won-Sik daripada parti pemerintah Korea Selatan telah membentangkan data-data daripada Tentera Udara negara itu yang menunjukkan isu-isu yang dihadapi dalam mengoperasikan pesawat pejuang itu.

F-35

Beliau mengatakan bahawa pesawat pejuang dibangunkan oleh Lockheed Martin mengalami kerosakan dan tidak boleh melakukan penerbangan sebanyak 172 kali dalam tempoh 18 bulan itu.

Terdapat 62 kes lagi di mana pesawat-pesawat canggih itu gagal menyelesaikan misi-misi spesifik yang diberikan kepadanya.

“Secara purata pesawat-pesawat pejuang generasi kelima buatan Amerika Syarikat itu hanya mampu melaksanakan misi-misinya sebanyak 12 hari pada tahun lepas dan hanya 11 hari dalam separuh tahun pada tahun ini, “ katanya ahli parlimen itu sambil menambah bahawa pesawat-pesawat Tentera Udara Korea Selatan yang lebih berusia seperti F-4 dan F-5E hanya “gagal beroperasi” sebanyak 24 dan 26 kali dalam tempoh 18 bulan itu. 

Bagaimanapun, Tentera Udara Korea Selatan secara rasminya menyatakan bahawa pesawat F-35A milik mereka itu telah berjaya mencapai tahap beroperasi sebanyak 75 peratus, sekaligus menafikan bahawa pesawat pejuang buatan Amerika Syarikat sedang berhadapan masalah.

Pada 2014, Korea Selatan membelanjakan kira-kira US$64 bilion untuk mendapatkan 40 buah pesawat pejuang generasi kelima itu, dengan pesawat F-35A Block 3 yang pertama telah tiba di negara Asia Timur itu pada 2018.

F-35

Pada Januari 2022,  Korea Selatan mengesahkan bahawa ia telah menerima kesemua pesawat itu dan pada Mac tahun ini mengatakan ia telah mengoperasikan kesemua 40 buah pesawat F-35A 

Pada Julai lepas, pesawat-pesawat F-35 daripada Amerika Syarikat dan Korea Selatan telah melaksanakan latihan udara bersama selama 10 hari bertujuan untuk memberi “amaran” kepada Korea Utara.

Walaupun anggota parlimen Korea Selatan mengatakan pesawat-pesawat F-35A negara itu berhadapan dengan masalah dan cabaran tetapi ia tidak menghalang negara itu untuk menambah lagi pegangannya terhadap pesawat pejuang moden itu.

Berhadapan dengan peningkatan ancaman peluru berpandu balistik nuklear dan provokasi berterusan daripada Pyongyang, kerajaan Korea Selatan mengambil keputusan untuk menambah 20 buah lagi pesawat pejuang generasi kelima, F-35A untuk tentera udaranya, ROKAF.

Penambahan 20 buah pesawat halimunan F-35A buatan syarikat Lockheed Martin daripada Amerika Syarikat itu akan menjadikan jumlah keseluruhan pesawat halimunan yang dimiliki oleh Tentera Udara Korea Selatan kepada 60 buah.

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Korea Selatan menurut portal pertahanan antarabangsa, Defense News dijangka akan membelanjakan kira-kira US$3 bilion (RM12 biliion) untuk memperolehi 20 pesawat pejuang tambahan F-35A itu.

Tambahan 20 buah pesawat F-35A itu dijangka dalam varian Block 4 dengan kemampuan tambahan termasuk keupayaan untuk memusnahkan radar musuh, membawa lebih banyak senjata, tambahan peralatan elektronik dan elektro-optik,

Perolehan 20 buah pesawat tambahan F-35A itu merupakan sebahagian daripada “Projek F-X”, yang merupakan usaha kerajaan Korea Selatan dalam melakukan serangan awal (pre-emptive strike) untuk memusnahkan ancaman peluru berpandu dan nuklear Korea Utara. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

 

Comments
Loading...