Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

ATM Sahkan Dakwaan 20 Tentera Terlibat Rompakan Laut Di Sabah

20 anggota tentera disiasat bagi membantu pihak Polis  Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kes rompakan berkumpulan di Semporna, Sabah  dalam dua insiden masing-masing pada 15 dan 18 Ogos 2022.

0 5,144

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan laporan berkaitan 20 anggota tentera disiasat bagi membantu pihak Polis  Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kes rompakan berkumpulan di Semporna, Sabah  dalam dua insiden masing-masing pada 15 dan 18 Ogos 2022.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata ia tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dalam isu melibatkan sebarang jenayah atau pelanggaran disiplin terutama di kalangan warga ATM.

“Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyerahkan perkara ini kepada pihak berkuasa dan akan memberi kerjasama sepenuhnya dalam membantu siasatan untuk proses tindakan selanjutnya.,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

sabah
Anggota ATM dalam satu latihan di Sabah baru-baru ini.

 

Menurut beliau, ketegasan ini adalah penting kerana ia boleh mencemarkan imej ATM sebagai sebuah organisasi yang mendukung konsep integriti dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh Negara.

Beliau juga meminta semua pihak juga diminta tidak membuat sebarang spekulasi atau sebarang kenyataan yang boleh mengganggu proses siasatan kes berkenaan.

Panglima Angkatan Tentera mengulas mengenai laporan tentang penahanan 20 anggota tentera kerana disyaki terbabit dalam dua kes rompakan di laut di perairan Pulau Siamil dekat Semporna, Sabah.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin, berkata semua suspek ditahan susulan dua laporan diterima pihak berkuasa pada 15 dan 18 Ogos lalu di perairan Pulau Siamil.

Komando ASG
Anggota Komando Malaysia dalam satu latihan di Sabah baru-baru ini.

 

“Terdapat dua kes rompakan di laut yang disyaki dilakukan oleh anggota keselamatan pada Ogos lalu di perairan Pulau Siamil, Semporna, Sabah.

“Ia bersabit Bum Bum repot 1462/2022, kejadian pada 15 Ogos 2022 dan Bum Bum repot 1463/2022, kejadian pada 18 Ogos 2022,” katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Warisan-Semporna) yang meminta kerajaan menyatakan secara terperinci kejadian rompakan berkumpulan didakwa dilakukan anggota keselamatan negara pada Ogos yang lalu di perairan Pulau Siamil.

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Mengulas lanjut, Hamzah berkata, kedua-dua kes disiasat mengikut 395 Kanun Keseksaan iaitu melakukan rompakan berkumpulan.

“Semua suspek sudah dijamin pada 25 September lalu dan kes masih dalam siasatan.

“Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian perlu menunggu sehingga siasatan selesai,” katanya. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

 

Comments
Loading...