Tentera Laut Diraja Malaysia Terima Empat Lagi Fast Interceptor Craft G2000 MKII
Majlis penyerahan keempat-empat FIC G2000 MKII di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu itu baru-baru ini telah disaksikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Lokman Hakim Ali.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah menerima empat buah lagi Fast Interceptor Craft (FIC) G2000 MKII Fasa Kedua di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu di Teluk Sepanggar.
Majlis penyerahan keempat-empat FIC G2000 MKII di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu itu baru-baru ini telah disaksikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Lokman Hakim Ali.
Majlis menandatangani Sijil Penyerahan keempat-empat FIC G2000 MKII itu telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan Gading Marine Industry Datuk Ir Jamalolail Mohd Yatim dan Timbalan Setiausaha Bahagian Perolehan Kementerian Pertahanan Hazlin Selamat.
“FIC G2000 MKII dibuat dan dibekalkan oleh Gading Marine Industry (M) Sdn. Bhd. Syarikat ini sebelum ini telah menyerahkan empat unit FIC G2000 MKII Fasa Pertama pada 11 Januari 2024.”
“Manakala baki lima unit lagi dijangka diserahkan menjelang hujung tahun ini, menjadikan keseluruhan 13 unit. Inisiatif ini akan terus memperkukuh tahap kesiagaan pertahanan dan keselamatan negara,” menurut kenyataan media sosial Kementerian Pertahanan pada Rabu.
Pada Februari tahun lepas, TLDM telah menerima secara rasmi kumpulan pertama empat buah FIC G2000 MKII daripada Gading Marine Industry Sdn Bhd, dengan majlis penyerahan itu telah disaksikan oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Menurut TLDM, keempat-empat buat bot tempur FIC G2000 MK II itu ditempatkan di MAWILLA 2, Sandakan bagi memperkasa tahap keselamatan maritim terutama di perairan Sabah Timur selain bertindak sebagai aset pelengkap atau force multiplier kepada TLDM.


Kesemua 13 unit FIC MkII dianggarkan bernilai RM120 juta itu dilengkapi dengan sistem RCWS 12.7mm yang menambah taring bot-bit FIC MkII berbanding FIC MK I terdahulu.
Kesemua bot tempur FIC G2000 Mk II sepanjang 18 meter dilengkapi dengan Remote Control Weapon Station (RCWS) Escribano yang membolehkan penembakan senjata jenis CANiK M2 Quick Change Barrel (QCB) 12.7mm Heavy Machine Gun (HMG) secara automatik.
Selain itu FIC MkII juga akan dilengkapi dengan enjin lebih yang lebih berkuasa dengan power propulsion bot-bot berkenaan menggunakan enjin 2x MAN V12 1650HP serta 2x Hamilton water jet.
Penambahan kuasa kuda pada enjin FIC MkII membolehkan bot-bot sepanjang 18 meter itu berkemampuan mencapai kelajuan 52 knot sejam berbanding hanya 50 knot pada FIC MkI.
Mengenai radius operasi FIC MkII itu pula, ia adalah 350 Batu Nautika pada kelajuan 35 knots.
Berkemampuan membawa lima orang krew dan lapan anggota tentera, FIC MkII direkabentuk untuk melaksanakan pelbagai misi termasuk coastal patrol (surveillance), interception, clandestine mission, search and rescue operation dan rapid response.

