Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

FIC G2000 MkII Milik TLDM Kini “Bertaring”, Dilengkapi RCWS 12.7mm

Perbezaan utama di antara FIC MkI dan FIC MkII adalah varian terbaru FIC itu dilengkapi dengan sistem Remote Control Weapon System (RCWS) Escribano SENTINEL 2.0 yang menempatkan mesingan berat 12.7mm.

0 6,873

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Syarikat Gading Marine Industry dijangka akan menyerahkan empat unit pertama Fast Intercept Craft (FIC) G2000 MkII daripada 13 unit keseluruhannya kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Ogos tahun ini.

Pada Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA ’23) kali ini, sebuah bot FIC MkII itu diletakkan di pintu masuk utama di Dewan Pameran Mahsuri.

Empat unit FIC MkII pertama yang berkemungkinan diserahkan pada TLDM pada Ogos ini adalah sebahagian daripada kontrak dimenangi syarikat untuk membekalkan  13 unit FIC berkenaan kepada TLDM.

FIC
Sistem RCWS pada bot FIC MkII

 

Penyerahan kesemua 13 unit FIC MkII itu dilakukan secara berfasa dengan TLDM dijangka menerima empat buah lagi unit FIC MkII pada Mac tahun depan, manakala lima unit terakhir akan diserahkan pada Sept 2024, menurut sumber.  

Enam unit FIC MkI yang diserahkan pada TLDM pada 2021 digunakan untuk tugas Ops Benteng.

Pada Mac 2021, TLDM telah menerima enam buah FIC MkI bernilai RM80 juta yang ditempatkan di pangkalan utama TLDM di seluruh negara.

Menteri Pertahanan pada ketika itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, FIC MkI itu akan digunakan untuk penugasan operasi bagi memperkukuh tahap kawalan di perairan negara terutama Op Benteng.

Perbezaan utama di antara varian FIC MkI dan FIC MkII adalah varian terbaru FIC itu dilengkapi dengan sistem Remote Control Weapon System (RCWS) Escribano SENTINEL 2.0 yang menempatkan mesingan berat berkaliber 12.7mm.

FIC
Bot FIC MkII di pintu masuk Dewan Mahsuri, lokasi pameran utama LIMA ’23

 

Kesemua 13 unit FIC MkII itu akan dilengkapi dengan sistem RCWS 12.7mm yang menambah taring bot-bit FIC MkII berbanding FIC yang terdahulu.

Selain itu FIC MkII juga akan dilengkapi dengan enjin lebih yang lebih berkuasa dengan power propulsion bot-bot berkenaan menggunakan enjin 2x MAN V12 1650HP serta 2x Hamilton water jet

Penambahan kuasa kuda pada enjin FIC MkII membolehkan bot-bot sepanjang 18 meter itu berkemampuan mencapai kelajuan 52 knot sejam berbanding hanya 50 knot pada FIC MkI.

Mengenai radius operasi FIC MkII itu pula, ia  adalah 350 Batu Nautika pada kelajuan 35 knots.

FIC
FIC MkI

 

Berkemampuan membawa lima orang krew dan lapan anggota tentera, FIC MkII direkabentuk untuk melaksanakan pelbagai misi termasuk coastal patrol (surveillance), interception, clandestine mission, search and rescue operation dan rapid response.

Bot-bot FIC MkII itu juga akan dilengkapi dengan sistem ECS, radar dan GPS serta Machinery Control System. — DSA

apps

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

Comments
Loading...