Mengapa Russia Tidak Kerah Pesawat Su-57 “Felon” Ke Ukraine?
Pada ketika ini, Russia hanya memesan 76 pesawat pejuang Su-57 "Felon" dengan hanya empat pesawat telah diserahkan kepada tentera udara Russia untuk tujuan dijalankan ujian-ujian penerbangan dan sistem.
(DEFENCE SECURITY ASIA) –Baru-baru terdapat laporan daripada media rasmi Russia, Tass yang mendakwa bahawa Tentera Udara Russia telah mengerah pesawat pejuang termodennya, Su-57 “Felon” untuk terlibat dalam konflik di Ukraine.
Menurut sumber industri pertahanan yang dipetik oleh Tass itu, pesawat pejuang generasi kelima Russia itu terlibat dalam peperangan di Ukraine kira-kira dua hingga tiga minggu yang lepas.
Pesawat Su-57 itu beroperasi di luar kawasan operasi sistem pertahanan udara Ukraine dan menggunakan sistem peluru berpandu yang dimilikinya.
Jikalau laporan Tass tentang penglibatan pesawat Su-57 di medan peperangan di Ukraine itu benar, maka ia bukan sesuatu yang pelik kerana dua buah pesawat pejuang itu juga pernah dikerah ke Syria untuk terlibat dalam operasi yang terhad.
Walauapapun, apa yang dapat diperhatikan penglibatan pesawat pejuang Su-57 di Ukraine dan Syria adalah amat terlibat dengan bilangan pesawat yang dikerah adalah amat kecil,berkemungkinan hanya satu atau dua pesawat sahaja.
Setakat ini tiada pengesahan daripada Kementerian Pertahanan Russia mengenai pembabitan pesawat Su-57 di Ukraine.
Pihak Russia juga mungkin tidak mahu memberikan memberikan publisiti tentang kehadiran Su-57 di Ukraine kerana bimbang ia akan menjadi sasaran kepada sistem pertahanan udara serta pesawat pejuang Ukraine.
Ini kerana sebarang “kecelakaan” yang menimpa pesawat Su-57 sama ada ditembak jatuh oleh sistem pertahanan udara, pesawat Ukraine atau masalah teknikal akan menyebabkan usaha promosi pesawat itu ke pasaran antarabangsa berhadapan dengan masalah yang amat besar.
Pembeli yang berminat sudah semestinya akan berfikir dua kali untuk membeli Su-57 sekiranya pesawat itu berjaya ditembak jatuh, sama ada oleh sistem peluru berpandu atau pesawat pejuang Ukraine itu sendiri.
Menurut pemerhati pertahanan di Eropah, laporan tentang kehadiran pesawat Su-57 di Ukraine dalam jumlah yang kecil berkemungkinan lebih untuk menguji beberapa sistem dan persenjataan yang dibangunkan untuk pesawat pejuang.
Ia adalah sama seperti apa yang dilakukan oleh dua buah Su-57 apabila ia dikerah ke Syria pada tahun 2018 iaitu sekadar untuk menguji pesawat itu dalam suasana peperangan yang sebenar.
Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store:
Lagipun Tentera Udara Russia masih belum memiliki pesawat pejuang itu dalam jumlah yang mencukupi.
Pada ketika ini, Russia hanya telah memesan sebanyak 76 pesawat pejuang Su-57 dengan hanya empat buah telah pun diberikan kepada tentera udara negara itu untuk tujuan dijalankan ujian-ujian penerbangan dan sistem.
Kesemua 76 pesawat pejuang itu kini beroperasi di 929th State Flight Test Center yang berpengkalan di Akhtubinsk.
Dengan pegangan Tentera Udara Russia terhadap pesawat Su-57 masih sedikit iaitu 76 buah dan ujian penerbangan dan sistem masih lagi sedang dijalankan, maka adalah lojik bahawa Moscow belum lagi berani untuk mengerahkan pesawat termodennya itu secara aktif di Ukraine.
Russia sudah tentu tidak mahu memperjudikan “masa depan” pesawat Su-57 pada ketika pesawat pejuang itu masih belum bersedia untuk dikerah ke medan-medan peperangan, –DSA
Comments are closed.