Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Meriam “Caesar” 155mm/52cal Dapat Pelanggan Baru…

Sistem artileri bergerak "Caesar" terus menjadi pilihan angkatan negara dengan Colombia menjadi negara terbaru yang memilih sistem itu untuk melengkapkan tentera daratnya .

0 2,501

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Negara Amerika Selatan, Colombia menjadi negara terbaru yang memilih meriam beroda bergerak (wheeled self propelled howitzer) “Caesar” 155mm dalam usaha untuk memodenkan unit artileri tentera darat mereka.

Rundingan untuk penghantaran empat unit sistem meriam terbabit yang dipercayai bernilai US$35 (RM140 juta) sedang berjalan pada ketika ini.

Colombia telah menjalankan ujian terhadap sistem meriam bergerak “Caesar” pada tahun 2011 tetapi hanya pada tahun ini, rundingan pembeliannya berjaya dengan empat unit akan dihantar terlebih dahulu dan diikuti dengan selebihnya.

Caesar

Pembelian sistem meriam “Caesar” itu tertangguh sejak 2011 berikutan masalah kewangan dan politik yang dialami oleh negara terbabit itu.

Bagaimanapun rundingan mengenai pembelian sistem meriam bergerak itu disambung semula pada 2019.

Sistem meriam 155mm/52cal itu yang dibangunkan oleh firma Nexter Systems (dahulu Giat) daripada Perancis mampu menembak pelbagai jenis peluru termasuk LU, Bonus, EFRB NB dan Katana ke jarak di antara 4.5km sehingga 40kmm.

Sistem ini diintergrasikan dengan sistem C4I Atlas yang dibangunkan oleh syarikat Thales Land and Joint System manakala bagi navigasi pula,ia menggunakan sistem navigasi dan global positioning system (GPS) Sagem Sigma 30.

Caesar

Pembelian sistem meriam bergerak itu merupakan sebahagian daripada usaha negara Amerika Selatan untuk meningkatkan kemampuan konvensional angkatan tenteranya selepas lama bergelut dengan masalah insurgensi dan pengedaran dadah yang kronik.

Colombia merupakan antara negara yang memiliki masalah pengedaran yang teruk.

Sistem meriam bergerak “Caesar” banyak digunakan oleh negara seluruh dunia termasuk beberapa negara dirantau Asia Tenggara ini seperti Thailand dan Indonesia.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut mengintai peluang untuk menjadi pengguna sistem meriam bergerak buatan Perancis itu apabila tender perolehan sistem meriam itu dibuka tidak lama sebagaimana didakwa oleh pemerhati pertahanan tempatan.

caesar

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Sistem meriam “Caesar” itu mula memasuki peringkat produksi pada 2006 dan digunakan oleh tentera darat Perancis pada 2007.

Setiap satu unit meriam bergerak (6×6) itu memiliki berat tidak lebih 18 tan dan sehingga lima krew diperlukan untuk mengoperasi sistem itu.

Bagi sistem meriam “Caesar” yang menggunakan kenderaan 8×8, berat sistem itu boleh mencecah sehingga 32 tan.

Negara-negara yang berminat untuk memperolehi sistem meriam bergerak “Caesar”, mereka mempunyai pilihan sama ada untuk menggunakan kenderaan 6×6 atau 8×8 yang lebih berat. — DSA

 

Comments
Loading...