Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Poland Timbang Beri Ukraine Kereta Kebal PT-91 Twardy (Pendekar)

Selepas memindahkan kira-kira 200 buah kereta kebal T-72MR kepada tentera Ukraine, Poland kini sedang menimbangkan untuk memindahkan pula sebuah lagi jenis kereta kebal kepada negara jirannya itu iaitu, PT-91 Twardy atau "Pendekar" sebagaimana digunakan oleh Tentera Darat Malaysia.

0 3,177

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sejak konflik di antara Russia dan Ukraine meletus kira-kira tiga bulan yang lepas, Poland telah memindahkan kira-kira 200 buah kereta kebal jenis T-72MR kepada tentera Ukraine untuk digunakan bagi menentang tentang Russia.

Poland merupakan antara negara yang paling kuat memberi bantuan ketenteraan kepada Ukraine selain menjadi “pangkalan” kepada usaha Amerika Syarikat untuk melatih tentera Ukraine dalam mengendalikan senjata-senjata yang didermakan oleh negara-negara Eropah.

Selain kereta kebal,negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat telah memindahkan ribuan senjata anti-kereta kebal kepada Ukraine bagi membolehkan Kiev menentang tentera Moscow dalam peperangan tidak simetrinya menentang Russia.

PT-91

Sebelum konflik, Ukraine dikatakan memiliki kira-kira 850 buah kereta kebal terdiri daripada T-80,T-72 dan juga T-64, sekaligus menjadikan ia sebagai antara negara di Eropah yang memiliki angkatan kereta kebal yang terbesar.

Bagaimanapun, akibat konfliknya dengan Russia yang kini telah memasuki bulan ketiga, tentera Ukraine juga berhadapan dengan tahap kemusnahan yang tinggi terutama kereta-kereta kebalnya akibat dibedil oleh senjata anti-kereta kebal Russia.

Sebenarnya,  pasukan armor Ukraine dan Russia mengalami kemusnahan yang besar dalam konflik ini.

Selepas memindahkan kira-kira 200 buah kereta kebal T-72MR kepada tentera Ukraine, Poland kini sedang menimbangkan untuk memindahkan pula sebuah lagi jenis kereta kebal kepada negara jirannya itu iaitu, PT-91 Twardy yang dibangunkan oleh syarikat Bumar Labedy.

PT-91
Kereta Kebal PT-91 “Twardy” Tentera Poland

 

Kereta kebal PT-91 Twardy seberat 46 tan itu merupakan varian kereta kebal T-72 yang telah dinaiktaraf dengan alatan dan komponen Barat menjadikannya lebih berkemampuan dan berkeupayaan daripada kereta kebal T-72 yang asal.

Selain Poland yang dipercayai memiliki kira-kira 230 buah kereta kebal PT-91 Twardy, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga memiliki 48 buah kereta kebal tersebut  di dalam inventorinya yang dinamakan “Pendekar”.

Sekiranya laporan bahawa Poland akan memindahkan kereta kebal PT-91 Twardy atau “Pendekar” ke Ukraine, maka, bolehlah kita menilai sendiri prestasi kereta kebal itu apabila berhadapan dengan tentera Russia.

Bagaimana ketahanan armor (Erawa ERA) PT-91 Twardy aka “Pendekar” apabila ia berhadapan dengan senjata-senjata anti-kereta kebal Russia?

PT-91
Latihan fording snorkelling kereta kebal Pendekar PT-91. (Gambar Daripada Berita Tentera Darat Malaysia)

 

Sebenarnya, Poland secara berperingkat sedang cuba melupuskan kereta-kereta kebal buatan Soviet Union yang diwarisinya suatu ketika dahulu dan menggantikannya dengan kereta-kereta kebal buatan Eropah dan Amerika Syarikat.

Sebab itu, Poland tidak berfikir dua kali untuk memindahkan kereta kebal T-72MR dan PT-91 Twardy kepada Ukraine.

Kerana ia tahu,kereta-kereta kebal T-72 dan PT-91 Twardy miliknya yang dipindahkan ke Ukraine itu akan “diganti” dengan kereta-kereta kebal sama ada Abrams atau Leopard.

Poland telah membelanjakan US$5.9 bilion (RM24.7 bilion) untuk mendapatkan 250 buah kereta kebal M1A2 Abrams SEPV3 buatan Amerika Syarikat.

Abrams
Kereta Kebal M1A2 SEPV3

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Bekas negara anggota Warsaw Pact itu memilih versi terbaru kereta kebal Abrams kerana mahu menandingi kereta kebal terbaru Russia, T-14 Armata.

Negara Eropah itu dijangka meletakkan kereta kebal terbarunya itu di bahagian timur negara itu yang bersempadan dengan Russia (Oblast Kaliningrad).

Versi terbaru kereta kebal M1 yang akan dimiliki oleh tentera Poland itu memiliki berat 73.6 an, empat orang krew dan boleh bergerak 42 batu sejam di atas jalan bertar dan 30 batu sejam di jalan tidak bertar.

Poland dijangka akan mula menerima kereta kebal M1A2 SEPV3 mulai tahun ini.

Selain mengoperasikan kereta kebal T-72 dan PT-91,  tentera Poland juga memiliki 250 buah kereta kebal Leopard 2 A4 dan A5 buatan Jerman. — DSA

 

Comments
Loading...