Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Russia Bedil Ukraine Guna Peluru Berpandu Hypersonic “Khinzhal”

Apa yang membimbangkan pemerhati adalah -- sama ada pengumuman penggunaan peluru berpandu Hypersonic “Khinzhal” oleh Russia di Ukraine ini menandakan permulaan penggunaan senjata-senjata yang lebih berbahaya oleh Moscow terhadap negara jirannya itu.

0 6,165

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Buat pertama kali sejak membangunkannya, tentera Russia mengakui bahawa ia melancarkan peluru berpandu Hypersonic terhadap kedudukan tentera Ukraine di barat negara jirannya itu.

Kementerian Pertahanan Russia dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa peluru berpandu Hypersonic “Kinzhal” telah digunakan untuk memusnahkan sebuah pusat penyimpanan senjata milik Ukraine di barat negara itu.

“Peluru berpandu Hypersonic ‘Kinzhal’ telah digunakan untuk memusnahkan gudang penyimpanan senjata bawah tanah  mengandungi peluru berpandu dan peluru untuk pesawat di Deliatyn yang terletak di wilayah Ivano-Frankivsk, Ukraine,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan Russia.

Khinzhal
Pesawat MiG-31K bersama peluru berpandu Hypersonic “Kinzhal” mendarat di Pangkalan Udara Khemeimim, Syria. (gambar Kementerian Pertahanan Russia)

 

Wilayah Ivano-Frankivsk itu berkongsi sempadan dengan Romania yang merupakan anggota NATO.

Kenyataan oleh Kementerian Pertahanan Russia itu telah dipetik oleh agensi berita negara itu, Ria-Novosti.

Russia tidak pernah mengaku penggunaan senjata itu di dalam mana-mana konflik dan penggunaannya di Ukraine itu juga menandakan penggunaan pertama “Khinzhal” di negara itu.

Menurut maklumat daripada tentera Russia, peluru berpandu Hypersonic “Kinzhal” itu mampu mencapai kelajuan 10 kali ganda kelajuan bunyi dan mengatasi segala sistem pertahanan udara musuh.

Russia
Pesawat MiG-31K Tentera Russia dilengkapi dengan peluru berpandu Hypersonic “Kinzhal” berlepas daripada Pangkalan Udara Khemeimin di Syria. (gambar MOD Russia)

 

Peluru berpandu Hypersonic “Khinzhal” yang didedahkan pada khalayak ramai pada 2018, mempunyai kemampuan untuk membedil sasaran sejauh di antara 1,500km hingga 2,000km.

Ia mampu membawa sehingga 480kg bahan peledak nuclear atau 33 kali lebih berkuasa daripada bom nuklear “Fat Boy” yang digugurkan di bandar Hiroshima, Jepun yang menamatkan Perang Dunia Kedua.

Apa yang membimbangkan pemerhati adalah — sama ada pengumuman penggunaan peluru berpandu Hypersonic “Khinzhal” oleh Russia di Ukraine ini menandakan permulaan penggunaan senjata-senjata yang lebih berbahaya oleh Moscow terhadap negara jirannya itu.

Khinzhal
Peluru berpandu Hypersonic “Khinzhal”

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Selain peluru berpandu Hypersonic “Khinzhal”, tentera Russia turut mengesahkan bahawa ia telah menggunakan peluru berpandu kruis “Kalibr”, peluru berpandu anti-kapal “Bastion” serta peluru berpandu taktikal darat-ke-darat “Iskander” terhadap bandar-bandar dan kedudukan penting tentera Ukraine.

Pada ketika ini, tentera Russia tidak menyatakan peluru berpandu “Khinzhal” itu telah dilancarkan menggunakan platform apa.

Khinzhal

Peluru berpandu canggih itu boleh dilancarkan menggunakan pesawat pejuang khususnya MiG-31 atau kapal-kapal perang Russia.

Sebelum ini, Russia juga berkata ia telah mengerahkan peluru berpandu Hypersonic “Khinzhal” di Syria tetapi tiada pengesahan bahawa ia telah menggunakannya pada konflik di negara Timur Tengah itu. — DSA

 

Comments
Loading...