Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Russia Lakukan Ujian Pelancaran Peluru Berpandu Hypersonic “Tsirkon”

Peluru berpandu hypersonic itu dilancarkan oleh kapal friget Russia, Admiral Gorshkov terhadap sebuah sasaran yang terletak kira-kira 350km jauhnya di perairan laut berkenaan, menurut kenyataan daripada Kementerian Pertahanan Russia.

0 2,127

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Russia telah melakukan ujian pelancaran peluru berpandu  hypersonic “Tsirkon” di Laut Putih dan Laut Barents.

Peluru berpandu hypersonic itu dilancarkan oleh kapal friget Russia, Admiral Gorshkov terhadap sebuah sasaran yang terletak kira-kira 350km jauhnya di perairan laut berkenaan, menurut kenyataan daripada Kementerian Pertahanan Russia.

“Menurut data yang diterima, peluru berpandu itu yang meluncur dengan kelajuan 7 Mach berjaya mengenai sasaran yang terletak sejauh 350km. Pelancaran dilakukan di Laut Putih manakala sasaran pula terletak di Laut Barents.

Russia merancang untuk meletakkan peluru berpandu hypersonic “Tsirkon” itu di kapal-kapal permukaannya (surface ships) serta kapal-kapal selam.

Pegawai-pegawai tentera Russia mengatakan peluru berpandu hypersonic “Tsirkon” ini mampu meluncur selaju 9 Mach dan membedil sasaran lebih daripada 1,000km.

 

Kali terakhir Russia melakukan ujian pelancaran peluru berpandu hypersonic itu adalah pada Oktober tahun lepas.

Pada 2018, Presiden Russia Vladimir Putih mengumumkan bahawa Russia akan membangunkan beberapa jenis sistem persenjataan yang tidak mampu mengenai mana-mana sasaran di dunia dan tidak mampu ditangani oleh sistem pertahanan udara Amerika Syarikat.

Setahun selepas itu, Putin juga mengancam untuk meletakkan senjata-senjata itu di kapal-kapal permukaan dan kapal selam Russia yang belegar di luar pantai Amerika Syarikat jika Washington meletakkan senjata nuklear di Eropah.

Amerika Syarikat, bagaimanapun, tidak menempatkan senjata nuklear di Eropah sehingga kini.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...