Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Russia Terima Pesawat Pertama Serial Production SU-57 “Felon”

0 854

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Udara Russia telah menerima pesawat pejuang generasi ke-lima Sukhoi SU-57 “Felon” yang pertama yang dibina oleh kilang (serial production), menandakan permulaan pembinaan (produksi) secara besar-besaran pesawat moden itu.

Menurut agensi berita Tass, pesawat pertama dengan nombor siri “01” akan digunakan oleh rejimen di Southern Military District.

(SILA LIKE DAN SUBSCRIBE YOU TUBE CHANNEL “DEFENCE SECURITY ASIA”)

Pembangunan pesawat pejuang SU-57 Felon yang bermula pada 2002 berhadapan dengan beberapa masalah termasuk salah sebuah pesawat prototaipnya terhempas dalam salah satu ujian penerbangan pada tahun lepas.

Pesawat SU-57 itu melakukan penerbangan pertama pada 29 Jan, 2010 dan hanya 10 tahun selepas itu ia memasuki serial production selepas selesai segala ujian. Menurut Menteri Pertahanan Russia Sergei Shoigu, sejumlah 22 buah pesawat SU-57 akan diserahkan kepada tentera udara Rusia menjelang tahun 2024.

SU-57
Pesawat pertama serial production SU-57.

Russia dijangka menerima 76 pesawat pejuang SU-57 menjelang pada akhir tahun 2028.

Pesawat pertama dengan nombor siri “01” akan menyertai 10 buah pesawat pre-production yang telah pun melihat aksi sebenar termasuk di Syria.

Menurut anggaran kasar oleh beberapa media Russia, harga sebuah pesawat pejuang SU-57 adalah disekitar US$40 juta.

SU-57

SU-57 adalah jauh lebih canggih daripada SU-35 tetapi memiliki harga yang amat kompetitif berbanding pesaingnya seperti F-35 dan F-22.

Pesawat itu bakal mengaplikasikan teknologi Artificial Intelligence bagi mengurangkan beban yang terpaksa ditanggung oleh juruterbang ketika menerbangkan pesawat itu dan mengendalikan sistem persenjataanya pada masa yang sama.

Khinzhal
Pesawat MiG-31 bersama peluru berpandu Hypersonic “Khinzhal.”

Antara persenjataan yang bakal dibawanya adalah peluru berpandu Hypersonic “Khinzhal” yang memiliki kelajuan 10 Mach dan mampu menembak sasaran sejauh 2,000km.

“Khinzhal” boleh dilengkapi dengan peledak konvesional dan nuklear.

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

 

 

Comments
Loading...