Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Projek Pembinaan Enam Buah Kapal LCS TLDM Perlu Diteruskan

Sehingga 31 Oktober tahun lepa, kemajuan projek pembinaan kapal-kapal LCS itu hanya mencapai 57.5 peratus berbanding 96.57 peratus yang sepatutnya dicapai dalam jadual asal. Projek pembinaan enam buah kapal LCS itu telah mengalami kelewatan sebanyak 39.52 peratus atau 43 bulan.

0 9,817

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Projek pembinaan kapal tempur pesisir pantai (LCS) di Lumut yang ditangguhkan sejak Disember 2019 perlu diteruskan kerana jika dibatalkan ia akan memberi isyarat bahawa industri pertahanan tempatan tidak berkemampuan selain menjejaskan vendor tempatan yang terlibat dengan projek itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata pembatalan projek itu akan menyebabkan kekurangan penglibatan vendor tempatan dalam rantaian nilai pembinaan kapal selain mewujudkan kesan berganda terhadap ekonomi negara.

“Terdapat lebih 400 vendor tempatan terlibat dalam projek LCS malah kebanyakannya merupakan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Sekiranya projek ini dibatalkan, bukan sahaja mereka akan hilang pekerjaan malah vendor tempatan yang terlibat akan dibebani kos sebanyak RM3.7 bilion,” katanya dalam satu temuramah dengan agensi berita negara, BERNAMA.

Beliau berkata situasi itu tidak sepatutnya dihadapi  vendor tempatan terutama semasa negara masih dalam proses pemulihan akibat COVID-19.

LCS
Lakaran grafik Kapal LCS TLDM apabila ia siap. (tak tahu bila)

 

  “Hilang pekerjaan di saat ini akan menambah lagi cabaran dalam kehidupan seharian mereka dan ahli keluarga. Inilah kesan rantaian yang mesti dielak,” katanya.

Ditanya sama ada sektor industri pertahanan seperti di Lumut akan terkesan terutama dari segi peluang pekerjaan dan rantaian bekalan untuk projek seperti itu, beliau berkata apabila sesuatu projek dilaksanakan, ia secara tidak langsung mencipta peluang pekerjaan.

“Sekiranya dibatalkan, sudah semestinya ia akan menyebabkan tidak balas rantaian kepada keseluruhan ekosistem termasuk menutup peluang pekerjaan untuk semua vendor tempatan ini,” katanya.

LCS

Baru-baru ini, Kementerian Pertahanan mensasarkan pembinaan kapal Littoral Combat Ship (LCS) yang pertama untuk kegunaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hanya akan disiapkan sepenuhnya pada tahun 2025, iaitu kira-kira 12 tahun selepas projek pembinaan kapal-kapal perang tercanggih TLDM itu bermula.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein di Parlimen.

Pembinaan enam buah kapal LCS bernilai RM9 bilion yang direkabentuk mengikut kapal friget “Gowind” DCNS daripada Perancis itu bermula pada 3 Oktober 2013 dan sepatutnya tamat pada 2 Oktober 2023 dengan kesemua enam buah kapal itu siap sepenuhnya dan diserahkan kepada TLDM.

Kapal LCS

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Sebanyak RM6 billion telah dibayar oleh kerajaan setakat ini untuk perolehan enam buah kapal LCS terbabit.

Menurut Menteri Pertahanan itu lagi, sehingga 31 Oktober lepas ini kemajuan projek pembinaan kapal-kapal LCS itu hanya mencapai 57.5 peratus berbanding 96.57 peratus yang sepatutnya dicapai dalam jadual asal.

Projek pembinaan enam buah kapal LCS itu katanya, telah mengalami kelewatan sebanyak 39.52 peratus atau 43 bulan. — DSA

Comments
Loading...