Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kapal Peronda TLDM “Shadow” Kapal Penceroboh China Di Perairan ZEE Malaysia

Tidak dapat dipastikan kapal Littoral Mission Ship (LMS) yang manakah ditugaskan memantau aktiviti kapal penyelidik China, "Da Yang Hao" itu.

0 20,400

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kehadiran kapal penyelidik China, “Da Yang Hao” di kawasan perairan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) telah dipantau oleh sekurang-kurangnya sebuah kapal peronda Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dipercayai jenis Littoral Mission Ship (LMS) kelas-Keris.

Ia berdasarkan kepada gambaran yang diberikan oleh aplikasi penjejakan kapal beberapa jam lalu yang menunjukkan kehadiran sebuah kapal peronda TLDM berhampiran dengan kapal penyelidik China. (tidak dipastikan no pennant)

Turut kelihatan di dalam aplikasi penjejakan kapal itu adalah beberapa kapal Agensi Perikanan Vietnam (Kiem Ngu 468, 224 dan 420) yang dipercayai turut sama memantau aktiviti yang dijalankan oleh kapal penyelidik China itu,

Kapal peronda kelas-Keris milik TLDM itu telah dibina oleh syarikat China, dengan setakat ini negara telah pun menerima tiga daripada empat kapal LMS.

Kesemua kapal LMS negara ditempatkan di pangkalan Kota Kinabalu di bawah pemerintahan Markas Armada Timur.

LMS

Kehadiran sebuah kapal peronda TLDM memantau kapal “Da Yang Hao” China itu adalah selari dengan kenyataan Panglima Armada Timur TLDM Laksamana Madya Datuk Sabri Zali beberapa hari lalu.

Beliau mengatakan TLDM telah mengerahkan tiga buah kapalnya ke perairan ZEE negara di Sabah dan Sarawak untuk menangani pencerobohan yang dilakukan oleh kapal-kapal penyelidik dan pengawal pantai China itu.

Dua daripada aset TLDM itu telah pun dikerahkan ke Beting Patinggi Ali dan perairan berhampiran Terumbu Layang-Layang untuk memantau kapal-kapal China itu.

Sabri tidak mendedahkan identiti kapal-kapal peronda TLDM yang dikerah untuk memantau kehadiran kapal penyelidik serta kapal-kapal pengawal pantai China itu.

“Kami (TLDM) telah mengerahkan kapal yang ketiga ke kawasan perairan terbabit, berikutan perkembangan terbaru melibatkan pencerobohan kapal-kapal asing itu.”

“Kapal ketiga itu adalah tambahan kepada dua lagi aset TLDM di Beting Patinggi Ali dan berhampiran terumbu Pulau Layang-Layang yang sentiasa diawasi 24 jam di sepanjang Laut China Selatan.”

 

“Da Yang Hao” dilaporkan menceroboh kawasan perairan pelantar benua dan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia bermula pada 24 September yang lalu, iaitu sehari selepas pesawat-pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Amerika Syarikat mengadakan latihan bersama di Selat Melaka.

Panglima Armada Timur TLDM Laksamana Madya Datuk Sabri Zali 

Menurut laporan oleh pemerhati Laut China Selatan, @duandang, data daripada aplikasi penjejakan kapal (ship tracking data) menunjukkan kapal penyelidik itu memasuki perairan pelantar benua dan ZEE Malaysia sambil diiringi oleh sebuah kapal pengawal pantai China.

“Selepas memasuki perairan Malaysia, kapal penyelidik Da Yang Hao dikesan belayar menuju ke kapal pengerudi (drillship) West Capella. Pada ketika ini, kedudukannya adalah kira-kira 50 batu nautika daripada West Capella,” menurut pemerhati dalam laporannya.

LMS
Kapal penyelidikan laut dalam milik China “Da Yang Hao.”

 

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...