Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Akhirnya Kapal Perang “Gowind” (Milik Mesir) Telah Siap

0 591

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada 6 Januari lepas, sebuah kapal perang daripada jenis “Gowind” telah pun berjaya disiapkan dan diserahkan kepada pemiliknya untuk ia menjalankan tugas dan tanggungjawabnya dalam memelihara kedaulatan negara.

Cuma pemilik kapal korvet “Gowind” itu bukanlah TLDM tetapi Tentera Laut Mesir yang menandatangani perjanjian dengan Naval Group untuk memperolehi empat buah kapal perang terbabit, yang hampir sama rekabentuknya dengan kapal LCS milik TLDM (cuma LCS TLDM adalah lebih besar sikit).

Mesir

Mesir menandatangani perjanjian dengan Naval Group untuk memperolehi empat buah kapal korvet Gowind 2500 kelas El-Fateh (dengan opsyen dua buah lagi kapal) pada 3 June 2014 bernilai Euro 1.5 hingga Euro 1.7 billion.

Manakala kontrak Naval Group dengan Malaysia bagi pembinaan LCS berdasarkan kepada design Gowind pula adalah pada 2011. (Mesir 2014 dan Malaysia 2011). Kapal pertama daripada kontrak Naval Group dengan Mesir iaitu, El Fateh telah dibina di limbungan kapal Lorient milik Naval Group di Britany bermula April 2015 dan telah dilancarkan pada 17 September 2017 sebelum ditauliahkan dalam Tentera Laut Mesir pada 22 September 2017.

Mesir

Tiga buah lagi kapal korvet kelas El-Fateh iaitu Port Said, El Moez dan Luxor dibina sepenuhnya di Limbungan Kapal Alexandria dan kerja-kerja pembinaan mereka telah bermula pada Sept 2018, Mei 2019 dan Mei 2020.

Dan pada 6 Januari lepas menandakan detik bersejarah kerana kapal pertama kelas El-Fateh iaitu Port Said yang dibina sepenuhnya di dalam negara di Limbungan Kapal Alexandria bermula pada Sept 2018 telah siap sepenuhnya dan diserahkan kepada Tentera Laut Mesir.

Pembinaan kapal korvet kelas El Fateh- “Port Said” itu hanya bermula pada Sept 2018 itu telah pun siap dan telah diserahkan kepada Tentera Laut Mesir, manakala kita yang kontrak ditandatangani pada 2011, satu bijik kapal LCS pun masih gagal disiapkan walaupun telah hampir 10 tahun berlalu.

RM6 billion sudah dibelanjakan dan 10 tahun sudah berlalu……

Apa punya malang la nasib kita….setiap satu hari tertangguh lebih banyak kerugian ditanggung oleh kita.

Bila nak siap daa……naik berjanggut menunggunya.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...