Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Projek Kapal LCS TLDM Diteruskan, Boustead Tetap Jadi Peneraju

Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat pada mesyuarat Kabinet yang bermesyuarat pada 5 Mei lalu.

0 2,553

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir Pantai (Littoral Combat Ship) yang terhenti sejak 2019 akan diteruskan bagi memperkukuhkan keselamatan perairan negara dan mendorong industri pertahanan negara.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat pada mesyuarat Kabinet yang bermesyuarat pada 5 Mei lalu.

“Mesyuarat Jemaah Menteri juga menetapkan beberapa syarat yang perlu dipatuhi oleh Kumpulan Boustead (selaku syarikat dipertanggungjawabkan).

“Dengan penerusan pembinaan itu oleh Kumpulan Boustead, ia akan menyelamatkan 1,600 pekerja yang terdiri daripada anak tempatan dan juga lebih daripada 400 syarikat vendor daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Bumiputera,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

tldm

Menurut Ismail,  jika pembinaan LCS itu tidak diteruskan, ia akan memberi beberapa impak negatif kepada pekerja dan vendor Bumiputera yang terbabit dengan projek itu.

“Ia juga akan memberi kesan kepada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang juga pemegang saham di dalam Boustead Holdings Berhad.

“Selain itu, secara tidak langsung pencarum yang juga anggota tentera akan menerima kesan sekiranya projek ini tidak diteruskan, malah pihak bank yang memberi pinjaman kepada projek ini juga bakal kerugian kerana Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd tidak berkeupayaan membayar pinjaman,” katanya.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...