Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

PAC Tumpu “Projek Sakit” Libat Pembinaan 3 Kapal OPV APMM

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan menuntut penjelasan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN), APMM, Kementerian Kewangan serta syarikat yang diberikan kontrak untuk membina kapal itu.

0 2,163

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Selepas projek Littoral Combat Ship (LCS) TLDM, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) kini menumpukan pula perhatiannya terhadap satu lagi projek “sakit” melibatkan pembinaan tiga buah kapal Offshore Patrol Vessel (OPV) untuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Dalam satu kenyataan hari ini, PAC akan menuntut penjelasan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN), APMM, Kementerian Kewangan serta syarikat yang diberikan kontrak untuk membina kapal itu.

Tarikh dan masa prosiding menurut pengerusinya Wong Kah Woh akan ditetapkan dan diumumkan dalam masa terdekat.

OPV

“PAC berpendapat kerajaan iaitu APMM dan KDN perlu memberikan penjelasan kepada Parlimen bagi memastikan rakyat mengetahui sebab sebenar kelewatan itu berlaku,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Prosiding berhubung isu tersebut adalah selaras dengan punca kuasa jawatankuasa di bawah Peraturan Mesyuarat 77(1)(d) Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat selain Peraturan Mesyuarat 83(2) serta Perkara 11(b) Pekeliling Am Bil 2 Tahun 1982.

Maritim Malaysia dalam kenyataan pada 13 September memaklumkan tiga kapal OPV yang sepatutnya diterima agensi itu pada 2020 masih dalam pembinaan.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som dalam kenyataan sama berkata OPV itu sedang dibina oleh syarikat tempatan iaitu THHE Destini Sdn Bhd yang terletak di Pulau Indah, Selangor.

APMM katanya menaruh harapan agar kapal Offshore Patrol Vessel yang pertama (OPV 1) miliknya akan dapat dilancarkan pada 10 Oktober ini.

APMM
Lakaran grafik kapal OPV milik APMM apabila ia siap kelak.

 

Kapal OPV 1 yang dinamakan Tun Fatimah itu sepatutnya dilancarkan pada 13 Sept,  sebelum tarikh pelancarannya dilanjutkan kepada 10 Oktober.

Kapal Maritim Tun Fatimah itu dijangka akan beroperasi di kawasan perairan sekitar Beting Patinggi Ali di perairan Sarawak yang kerap dicerobohi oleh kapal-kapal peronda China.

“Kapal OPV 1 yang sepatutnya dilancarkan ke air pada hari ini iaitu 13 September 2022, masih gagal dilakukan kerana kapal masih tidak berjaya dibawa ke lokasi pelancaran.

“Berikutan itu syarikat berkenaan akan mengubah cara pelancaran iaitu daripada Launching Cradle kepada sistem pelancaran Air Balloon dan ia dijangka direalisasikan pada 10 Oktober ini,” kata Mohd Zubil dalam satu kenyataan.

Beliau berkata sekiranya semua berjalan dengan lancar dengan pelancaran itu dapat direalisasikan pada tarikh berkenaan (10 Okt), maka besar kemungkinan kapal OPV 1 itu dapat diserahkan kepada pihak APMM pada awal 2023.

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

APMM telah memeterai perjanjian dengan syarikat tempatan untuk memperolehi tiga buah kapal peronda pesisir pantai bernilai RM740 juta itu pada 2017.

Ketiga-tiga buah kapal OPV itu sepatutnya diserahkan kepada APMM pada 2020, tetapi selepas dua tahun, kapal itu OPV 1, OPV 2 dan OPV 3 masih lagi sedang menjalani kerja-kerja pembinaan.

Kapal OPV 1 sepatutnya dilancar pada Ogos selepas kerajaan memberikan lanjutan sehingga 18 bulan kepada syarikat tempatan itu untuk menyelesaikan pembinaan kapal-kapal OPV itu untuk APMM.

Mohd Zubil berkata kapal peronda yang dibina oleh syarikat tempatan, THHE Destini Sdn Bhd itu, masih dalam pembinaan dan berada di Pulau Indah.

Dalam pada itu, beliau berkata, dua lagi kapal peronda pesisir iaitu OPV 2 dan OPV 3 akan diserahkan kepada pihak APMM secara berperingkat.

Ketiga-tiga buah kapal peronda pesisir panta itu berukuran 83 meter panjang dengan 13.7 meter lebar dan berkemampuan melakukan pengawasan jarak jauh sehingga ke kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) serta kawasan di luar jangkauan kapal-kapal kecil. 

Kapal OPV yang direkabentuk mengikut rekabentuk kapal Damen 1800 itu berkeupayaan melaksanakan operasi di laut dalam tempoh maksimum 21 hari tanpa ulang bekal. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

Comments
Loading...