Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Satu Dari Tiga Kapal OPV Milik APMM Yang “Terlewat” Diserah Tahun Ini

Sebagaimana dipetik media tempatan pada Februari lepas, Menteri Dalam Negeri itu berkata kapal Offshore Patrol Vessel (OPV) pertama APMM daripada tiga buah sepatutnya diserahkan kepada agensi itu dua tahun lepas, tetapi tarikh penyerahan itu mengalami kelewatan disebabkan ketidakmampuan syarikat pembuat kapal itu.

0 4,672

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada bulan Februari lepas, Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin sebagaimana dipetik sebagai berkata oleh media mengatakan pembinaan tiga buah kapal Offshore Patrol Vessel (OPV) untuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah mengalami kelewatan.

Kelewatan projek pembinaan kapal-kapal OPV APMM itu amat mengecewakan, apatah lagi selepas pembinaan enam buah kapal Littoral Combat Ship (LCS) untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) turut mengalami kelewatan.

Sebagaimana dipetik media tempatan pada Februari lepas, Menteri Dalam Negeri itu berkata kapal OPV pertama daripada tiga buah itu sepatutnya diserahkan kepada APMM dua tahun lepas, tetapi tarikh penyerahan itu mengalami kelewatan disebabkan ketidakmampuan syarikat pembuat kapal itu.

APMM
Lakaran grafik kapal OPV yang sedang dibina oleh syarikat tempatan.

 

“Walaupun kita sudah memberikan kontrak kepada sebuah syarikat, sepatutnya sudah diperoleh dalam dua tahun lalu, tetapi terlewat kerana tiada kemampuan oleh syarikat itu.

“Jika tidak, kita (sudah) ada tiga kapal baru, tetapi oleh kerana kelewatan mereka, ia tergendala,” katanya beliau yang turut menambah bahawa APMM juga berdepan dengan masalah keusangan aset dengan majoriti kapal-kapalnya berusia lebih 30 tahun, malah ada yang berusia 40 tahun.

Kini nampaknya, APMM bakal menerima kapal OPV yang pertama pada tahun ini juga, sebagaimana yang diperkatakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia, Datuk Saiful Lizan Ibrahim.

Bercakap kepada media tempatan di Kuala Terengganu, beliau berkata, kapal OPV yang pertama diharap dapat diterima oleh APMM pada tahun ini juga manakala dua lagi kapal OPV akan diterima pada tahun depan.

“Kita sepatutnya sudah terima tiga kapal OPV lama dulu tetapi disebabkan beberapa masalah tertentu, kita masih belum menerimanya.

LCS
Kapal LCS untuk TLDM juga masih tidak siap pembinaannya sehingga kini.

 

“(Aset-aset sedia ada) tidak mencukupi dengan keperluan kita ketika ini namun, kita akan yakin perolehan aset baharu secara berperingkat seperti kapal peronda pesisir pantai (OPV), bot pemintas laju (FIC) dan helikopter dapat memantapkan lagi operasi kita.

“Insya-Allah, perkara ini (perolehan aset) sedang diatasi dan kita mengharapkan seperti yang dijanjikan kepada pihak APMM dan Kementerian Dalam Negeri (KDN), kita akan menerima sebuah OPV tahun ini dan dua lagi OPV pada tahun depan,” katanya sebagaimana dipetik oleh media tempatan.

Sudahlah aset-aset APMM pada masa ini tidak mencukupi, kini agensi yang dipertanggungjawab menjaga kedaulatan kawasan pesisir pantai negara pula berhadapan pula dengan masalah kelewatan penerimaan aset.

Selain kapal OPV, Saiful Lizan berkata, pihaknya juga menjangkakan menerima enam bot pemintas laju (Fast Interceptor Craft -FIC) menjelang akhir tahun ini bagi meningkatkan pemantauan dan mengawal perairan terutama daripada pencerobohan nelayan asing.

FIC
Bot Fast Interceptor Craft (FIC) yang baru milik TLDM . (gambar TLDM)

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Sebagaimana dilaporkan media sebelum ini, APMM sedang membina tiga buah kapal Offshore Patrol Vessel (OPV) berukuran 83 meter panjang dengan 13.7 meter lebar dan berkemampuan melakukan pengawasan jarak jauh sehingga ke kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) serta kawasan di luar jangkauan kapal-kapal kecil. 

Kontrak pembinaan tiga buah kapal itu telah ditandatangani dengan sebuah syarikat tempatan pada 2017.

Kapal OPV yang direkabentuk mengikut rekaan Damen 1800 itu berkeupayaan melaksanakan operasi di laut dalam tempoh maksimum 21 hari tanpa ulang bekal. — DSA

 

Comments
Loading...