Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

TLDM “Bangkit Semula” 2025-2026 Dgn LCS, LMS II, NGPV “Bertaring”

Pada tahun-tahun 2025-2026, TLDM dijangka akan mula menerima kapal-kapal Littoral Combat Ship (LCS), Littoral Mission Ship (LMS) Batch Kedua yang lebih berkuasa serta kapal-kapal NGPV kelas-Kedah yang dipertingkat keupayaannya.

0 6,187

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tahun-tahun 2025-2026 dijangka menjadi tahun dimana Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) “bangkit semula” untuk sekali lagi menjadi angkatan laut yang disegani di rantau Asia Tenggara, setara dengan negara-negara jirannya yang lain.

Mengapa tahun-tahun 2025-2026?

Salah satu sebab paling utamanya adalah, pembinaan dua buah kapal pertama Littoral Combat Ship (LCS) yang merupakan kapal perang paling moden dalam inventori TLDM (apabila siap), dijangka siap pada tahun 2026.

LCS
Lakaran grafik kapal LCS TLDM

 

Itu dinyatakan sendiri oleh Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Affendi Buang baru-baru ini bahawa TLDM bakal menerima kapal-kapal LCS1 dan LCS 2 pada Januari dan September 2026.

Katanya, pembinaan enam buah kapal LCS telah dimulakan semula awal bulan ini selepas tertangguh selama tiga tahun melibatkan subkontraktor tempatan dan peralatan dari pengilang peralatan asli (OEM).

“Berdasarkan perancangan, kapal pertama dijangka diserahkan kepada Tentera Laut pada Januari 2026, kapal kedua pada September 2026, kapal ketiga pada Mei 2027, kapal keempat pada Januari 2028 dan kapal kelima pada September 2028,” menurut beliau baru-baru ini.

PAT tidak menyatakan nasib kapal LCS6, sama ada pembinaannya akan diteruskan atau TLDM akan hanya mempunyai lima buah kapal LCS.

Mengikut perancangan, TLDM akan memiliki lima buah kapal LCS pada tahun 2028.

LCS

 

Selain kapal-kapal LCS, program perolehan kapal-kapal Littoral Mission Ship (LMS) Batch Kedua juga bakal bermula pada tahun depan selepas PAT sendiri mengakui bahawa ATM telah mendaftarkan projek perolehan kapal LMS Batch kedua itu dalam Rolling Plan Ketiga Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) bagi tahun 2023.

Projek pembinaan kapal-kapal LMS Batch Kedua ini dikategorikan sebagai projek kritikal dan perlu diberi keutamaan tinggi.

ATM dijangka akan memperolehi tiga buah kapal LMS Batch Kedua dalam fasa pertama manakala selebihnya iaitu lima buah kapal LMS Batch Kedua yang lain akan diperolehi pada Rancangan Malaysia Ke-13 (2026-2030).

Keseluruhannya, TLDM bakal mempunyai lapan buah kapal LMS Batch kedua dan kesemua lapan buah kapal perang itu bukan sahaja lebih besar dan berar berbanding empat buah kapal LMS Batch 1, tetapi ia juga bakal “bertaring” iaitu dilengkapi dengan peluru berpandu anti-kapal dan juga (kemungkinan) peluru berpandu pertahanan udara.

Kerajaan dijangka meluluskan peruntukan sebanyak RM2.4 bilion pada Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan 7 Oktober depan untuk memulakan pembinaan tiga buah kapal LMS Batch Kedua itu.

LMS
Rekabentuk kapal korvet “Ada” yang ditawarkan oleh syarikat STM dari Turki untuk program perolehan kapal LMS Batch 2 TLDM.

 

Jika proses pembinaan bermula pada tahun depan, admin menjangkakan kapal pertama dan kedua LMS Batch Kedua itu akan siap pada tahun 2025-2026 (dengan syarat ia tidak dibelenggu dengan masalah-masalah sama sehingga menyebabkan pembinaannya terbengkalai).

Kapal ketiga LMS Batch 2 dijangka menyusul tidak lama selepas siapnya kapal LMS1 dan LMS2.

Kapal-kapal LCS dan LMS Batch Kedua akan menggunakan peluru berpandu Naval Strike Missile (NSM) yang dibangunkan oleh firma Kongsberg daripada Norway.

Sementara itu laporan daripada versi online majalah pertahanan antarabangsa, Janes juga mengatakan bahawa TLDM merancang untuk melengkapkan dua buah kapal peronda generasi baru (NGPV) kelas-Kedah dengan peluru berpandu anti-kapal “NSM”.

Rancangan melengkapkan dua buah kapal peronda kelas-Kedah dengan peluru berpandu NSM dijangka menelan belanja sebanyak RM214 juta.

NSM
Peluru berpandu Naval Strike Missile (NSM)

 

Dua buah kapal itu adalah fasa pertama manakala empat lagi kapal NGPV yang lain juga akan menerima peluru berpandu anti-kapalnya selepas itu.

Menurut Janes lagi, rancangan TLDM itu dicadang dilaksana dibawah “Rolling Plan 4” dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025) yang akan dibiayai menerusi Belanjawan Tahun 2024.

TLDM mengoperasikan enam buah kapal peronda generasi baru kelas-Kedah yang diterimanya bermula daripada tahun 2006 hingga 2010.

Pada ketika ini kapal peronda itu hanya dilengkapi dengan persenjataan meriam 76mm sebagai meriam utama, meriam 30mm dan mesingan 12.7mm.

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Peluru berpandu anti-kapal NSM ini memiliki berat keseluruhan lebih 400kg dengan kelajuan subsonic yang tinggi iaitu diantara 0.7-0.9 Mach dan jarak operasi lebih daripada 185km.

Ia bukan sahaja boleh membedil kapal-kapal perang musuh di lautan tetapi dengan “Autonomous Target Recognition” (ATR), peluru berpandu NSM ini juga boleh memusnahkan sasaran di daratan dengan tepat.

NSM ini adalah peluru berpandu yang pasif, sea-skimming dengan kemampuan maneuver yang tinggi bagi membantunya menewaskan sistem-sistem pertahanan udara musuh. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore
Comments
Loading...